Kasih ayah sampai ke mati, kasihnya ibu membawa ke syurga, itulah perumpamaan bagi kedua ibu ayah kita yang susah payah untuk membesarkan kita menjadi insan terbaik atas muka bumi ini.
Kepada yang telah menjadi ibu dan ayah pada anak-anak pasti akan lebih memahami perkara ini, apabila kita berusia senja nanti tidak lain tidak bukan yang kita mahukan hanyalah kehidupan yang bahagia dan perbanyakkan ibadat kepada Allah SWT.
Kewajipan atas anak-anak untuk menjaga kedua orang tua tidak ada penghujungnya, bahkan hingga akhir hayat mereka kata ulama kita wajib berbakti kepada mereka, jika tanggungjawab pada seorang guru ada masa kita akan berpisah dan membuat haluan masing-masing, tapi ibu ayah takkan putus selama-lamanya.
Lebih bahagia lagi sekarang ramai anak-anak yang menghantar ibu bapa mereka pergi haji di Baitullah sebagai membalas jasa dan pengorbanan, ada juga yang membeli hadiah kereta, ada berikan sebuah rumah untuk bahagiakan mereka.
Biar apa pun asal mereka bahagia atas jalan niat kerana Allah Islam tidak melarang perkara itu.
Namun apabila kesemua anak-anak senang dan bekerjaya tanggungjawab untuk menjaga ayah dan ibu tidak menjadi mudah kerana masing-masing sudah punya tanggungjawab pada isteri, suami dan anak-anak.
Pepatah mengatakan seorang ibu boleh menjaga 10 anak, tapi 10 anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu.
Berlaku pada seorang tiktoker ini bernama @dianpoma238 menerusi kandungan tiktoknya menunjukkan beliau sedang memakai pakaian dan lampin untuk ibunya, perbuatan dia meraih pujian ramai netizen kerana sangat lembut menjaga ibunya.
Sayangnya pada ibunya sungguh terharu dibuatnya, bergenang air mata kita. Sesiapa yang masih ada ibu dan ayah hargailah jika mereka yang dah tua dan uzur tapi selesa dengan kita anggaplah itu syurga Allah pilih bagi kita. Amiin rabbal alamin.
“
Video ini mengingatkan aku kepada orang tua
Saya sudah tidak mempunyai ibu lagi
0 Comments