Isu sihir pada penceramah terkenal Dato Ustaz Kazim Elias menjadi sebutan buah mulut orang hingga kini. Tidak henti-henti sihir Ustaz Kazim yang diterimanya, kalau sebelum ni sihir tu hilang sekejap tapi sekarang makin lama makin menjadi-jadi katanya.
Menurut seorang ulama dari negara seberang barangkali biar pun sejuta pawang mengubati Ustaz Kazim jika Allah tidak mengizinkan ustaz akan tetap terkena sihir sampai bila wallahualam, apapun panjat la doa kepadaNYA jangan berputus asa, katanya.
Ustaz Kazim pernah memberitahu ada beberapa orang sebelum ini yang datang ke rumahnya mahu meminta maaf kerana pernah menyihirnya, tapi itu dulu sudah terjadi dan selesai cuma kali ni sudah melampaui sampai kadang-kadang darah boleh keluar melalui muka secara tiba-tiba.
Kata Ustaz Kazim apa lagi saya boleh buat selain berdoa, jika ini cara Allah mengangkat darjatnya dia terima seredha-redhanya, jika ada yang pandai yang mengubati juga boleh tolong beliau.
Terkini seorang ustaz atau @NeoPawangDiraja yang popular di Tiktok telah memenuhi permintaan orang ramai untuk mengubati Ustaz Kazim secara jarak jauh, dan pertolongan itu sudah sampai pada Dato Ustaz, namun beberapa nasihat oleh Pawang Diraja ni sempat ditinggalkannya.
Katanya, ada orang bertanya kenapa ustaz Kazim sudah sembuh sekejap datang balik sakitnya, jawabnya beliau memberi sedikit teguran kepada perawat di luar sana, jangan mengambil kesempatan terhadap pesakit, kamu kalau sudah merawat orang jangan lupa pagarnya, sedangkan rumah kita berpagar. Sebab itu sakit itu boleh kembali.
Katanya sebagai contoh kalau orang datang jumpa doktor minta panadol untuk lawan penyakit bulan depan datang minta panadol lagi sebab sakit, cuba kita ambil antibiotik ke vaksin ke untuk mencegah, jangan asyik dengan rukyah saja wahai perawat, tetapi tambah dengan pagar sebab kalau berubat dengan saya, saya akan memagari orang itu.
Video
Apapun semoga Dato Ustaz Kazim diberi kesembuhan dan sihat kembali untuk menyampaikan dakwah, setiap ujian pasti ada rahmat dan hikmahnya. Amiin
0 Comments