Wanita Suka Selfie Dengan Pokok Pelik 'Penis Plant' Punca Ia Semakin Pupus

Wanita Suka Selfie Dengan Pokok Pelik 'Penis Plant' Punca Ia Semakin Pupus

 


Phnom Penh Kemboja: Alam semula jadi sangat penting bagi ekosistem kehidupan jika dia menarik dan menggoda ia adalah sangat bernilai itulah pesanan kerajaan Kemboja menggesa orang ramai berhenti memetik 'Tumbuhan Zakar' yang 'terancam' selepas viral beberapa wanita didapati memetik tumbuhan itu.


Kebiasaan ianya ditemui di kawasan pergunungan di barat Kemboja yang kini berisiko kepupusan dengan penduduk tempatan dan pelancong memilih tumbuhan itu untuk berselfie dengannya, lapor New York Post. 


Disebabkan tumbuhan itu mempunyai persamaan dengan zakar yang tegak, ia telah digelar sebagai 'tumbuhan zakar'.


Selepas viral video beberapa orang wanita memetik "pokok zakar" di media sosial, kerajaan Kemboja telah mengeluarkan kenyataan tegas meminta orang awam meninggalkan tumbuhan zakar yang terancam itu dan jangan keluarkan ia dari tanah.




Apa yang mereka lakukan adalah salah dan jangan buat lagi pada masa hadapan! Terima kasih kerana menyayangi sumber asli, tetapi jangan pegang sebab ia akan musnah!" Dalam video yang tular terlihat tiga wanita mencungkil beberapa spesies bunga terancam itu untuk menunjukkan dalam media sosial. Video itu dilaporkan dirakam di Gunung Bokor di wilayah Kampot, Kemboja.



Seorang wanita kemudiannya dilihat tersenyum sambil memegang dua objek phallic di tangannya sambil bergelak ketawa ke arah kamera.



Menariknya, Oktober lalu, tumbuhan setinggi enam setengah kaki yang dikenali sebagai "pokok zakar"  mekar di Eropah buat pertama kali dalam tempoh hampir 25 tahun.


 Tumbuhan yang mengagumkan itu yang kelihatan seperti zakar tegak berbunga di Hortus Botanicus di Belanda, orang ramai sangat teruja dan berpusu-pusu ke sana untuk menikmati 'fenomena phallic'.

Post a Comment

0 Comments