'Ada rezeki jumpala pakcik bawa motor baju berdarah-darah' | Lelaki ni dedah jalan ini tak digalakkan drive tengah Malam

'Ada rezeki jumpala pakcik bawa motor baju berdarah-darah' | Lelaki ni dedah jalan ini tak digalakkan drive tengah Malam

 


Konsep jalanraya di Malaysia ni dahulunya jika jalan atau kawasan tu tidak membangun akan kurang ada lampu jalan. So jika kita pandu kereta atau tunggang motor masuk laluan tersebut boleh jadi kita akan menjadi mangsa lebih-lebih lagi kalau kereta kita rosak atau breakdown.


Laluan selatan ini memang terkenal jalan rayanya gelap segelapnya pada waktu tengah malam hingga ke awal pagi, jalan raya yang dimaksudkan adalah dari Pekan ke Kluang. Peralatan kecemasan seperti pembuka tayar, bekalan air, lampu suluh terang memang kena standby kalau lalu tengah malam paling tidak kereta tu check la sebelum bertolak. Pastikan dalam kondisi terbaik!


Bukan setakat itu jalan raya antara Pekan ke Kluang ini mempunyai sejarah hitam satu ketika dahulu, pernah ada satu kereta kemalangan terbabas dan jasad pemandu hilang, kes ini ramai kata mangsa sudah masuk alam sebelah, sehebat dan berani mana kita ni..diganggu alam dari sebelah memang benar dan tak tipu. Kereta kau elok pun tiba-tiba rosak pun boleh dia buat.




Untuk sekarang dengan teknologi canggih ni kita sudah boleh share live lokasi supaya apa-apa senang, operasi menyelamat boleh tahu spesifik dimana anda berada.


Kisah kawasan Jemaluang Mersing


Dulu heboh jalan ni ada seorang pakcik tua menunggang motosikal memakai baju berdarah-darah, apa yang tak kena pada pakcik tu tak tahula mungkin ada hajat tak lepas, paling best motor dia lagi laju dari kereta.


Paling tak tahan ramai pemandu lori dikacau nampak nenek tua tengah jalan tu membuat kita sangat pelik sunyi-sunyi macam tu pun ada orang tengah jalan. Dikatakan sampai mereka dah lali sangat baca-baca kawasan tu, ni berlaku kat jalan Muadzam pula.


Nasihat terbaik kalau jalan tengah malam sorang-sorang atau dengan isteri anak better cari 7 eleven ke petrol pump berhenti tidur daripada ambil langkah berisiko untuk teruskan perjalanan dalam waktu gelap dan lampu kurang. Jadikan kes baru ni sebagai pengajaran hilang tahun lepas tahun ni baru jumpa.


Kalau korang ada cerita pelik-pelik bolehla share di bawah.

Post a Comment

0 Comments