Gaji Menteri Dan Adun Sabah Naik 40 Peratus, Rakyat Pula Terus Sengsara

Gaji Menteri Dan Adun Sabah Naik 40 Peratus, Rakyat Pula Terus Sengsara

 


KOTA KINABALU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan usul untuk menaikkan saraan Ketua Menteri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan anggota pentadbiran negeri yang lain.


Usul untuk Rang Undang-Undang Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan (Saraan) (Pindaan) 2022 dicadangkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor itu telah diluluskan dengan suara terbanyak.



Dengan kelulusan itu, saraan Ketua Menteri yang sebelum ini RM23,595 sebulan dinaikkan kepada RM33,033; Timbalan Ketua Menteri RM20,872.50 (RM29,221.50); Menteri RM16,335 (RM22,869); Speaker DUN RM16,335 (RM22,869); Pembantu Menteri RM12,705 (RM17,787); Timbalan Speaker DUN RM12,705 (RM17,787);  ADUN RM7,950 (RM11,130); dan Setiausaha Politik RM5,445 (RM7,623).


Hajiji yang juga Menteri Kewangan Kedua Sabah ketika menggulung usul itu berkata, implikasi kewangan kerajaan negeri untuk pelaksanaan kenaikan saraan itu dilihat tidak terlalu berat dan hanya melibatkan jumlah RM5.6 juta setahun.


Katanya, pelarasan itu dilihat wajar dan apa yang penting wakil rakyat perlu terus memberi yang terbaik kepada rakyat.


Hakikatnya  pembangunan dan fasiliti di negeri Sabah masih ditahap membimbangkan dan jauh ketinggalan berbanding negeri-negeri di semenanjung. 


Tidak beberapa lama dahulu, tular keadaan jalan dikawasan pendalaman yang masih lagi tidak dinaik taraf sehingga menyukarkan guru-guru dan murid untuk pergi ke sekolah. Selain itu, turut tular jambatan yang roboh ketika kanak-kanak sekolah rendah menaikinya ketika hendak pergi ke sekolah. Malahan, jeti yang digunakan penduduk kampung dan pelancong di Semporna juga turut roboh akibat keadaan struktur jeti yang uzur, kayu berlubang dan reput. 



Kehidupan rakyat yang semakin tersepit, dengan harga kos barang naik dan pembangunan yang 'suam-suam kuku' di Sabah dianggap tidak wajar bagi kenaikan gaji menteri dan Adun di Sabah. 


Kerajaan negeri Sabah sepatutnya lebih gigih untuk  merangka strategi bagi meninggkatkan fasiliti dan perkhidmatan di Sabah khusus kepada rakyat. Perkhidmatan terbaik perlu bukti, bukan hanya cakap-cakap dibilik berhawa dingin.

Post a Comment

0 Comments