Khairil Badri Penebar Roti Canai Terbang | Individu kurang upaya tiada tangan kenali beliau

Khairil Badri Penebar Roti Canai Terbang | Individu kurang upaya tiada tangan kenali beliau

 


Zaman ini yang penuh pancaroba kos sara hidup menaik serba sedikit mengganggu jejas peniaga-peniaga kecil. Dengan persoalan big why 'Aku nak bagi isteri dan anak aku makan apa' mendorong Khairil menjadi semangat melalui liku-liku hidup.


Sumber inspirasi kenali penebar roti canai terbang ini


Nama sebenar Khairil Badri Bin Zainurin berumur 33 tahun sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai dua cahaya mata. 



Sememangnya sejak kecil lagi dari belasan tahun beliau minat dengan kerjaya roti canainya dari umur 18 tahun, tapi pada peringkat awal Khairil tidaklah memiliki asas perniagaan melainkan dia belajar di sekolah adalah bidang automotif sehinggala dia tamat belajar dia terus bekerja sebagai penebar roti canai dengan niat nak hiburkan orang.


Hasil pengalaman beberapa tahun itu dia sering dipanggil menjadi pensyarah sambilan bahagian bakery.


Permulaan bekerja di kedai makan itu, Khairil seorang pembuat air tapi dicabar oleh owner restoran untuk membuat roti canai dengan diberi jaminan kenaikan gaji, dari situlah dia mula curi-curi tengok penebar-penebar roti canai yang lain.


Semangat dua tiga minggu belajar menebar, Khairil berjaya melakukan dan mengambil alih sebagai penebar di restoran itu.


Sejarah tangan kiri!


Rezeki mula-mula Khairil Badri menebar roti canai menggunakan kedua tangannya, rupanya petanda tangan kirinya sakit-sakit pada malam itulah tanda tangannya nak pergi, tangan kirinya mula sakit ditampal koyok kerana sengal-sengal, tibalah malam tu Khairil membawa isteri dengan menaiki motosikal berlaku kemalangan, sebuah kereta memasuki laluan mereka menyebabkan Khairil menggunakan tangan kirinya untuk menghalang kereta supaya isterinya selamat.


Akhirnya tangan Khairil pecah, urat-urat tulang rusuknya semua patah, Khairil dikejarkan ke hospital, beberapa hari dia didatangai seperti malaikat ingin mencabut roh tangannya, pihak hospital beberapa kali memberi rawatan pada tangannya dengan memasuki besi, tapi dia percaya tangannya tu tetap nak diambil tuhan.


Ketika doktor hendak memotong tangan Khairil dia telah bersedia dan berserah kerana dia tahu tangannya takkan ada, dia sudah set di minda lepas ni aku tiada tangan jadi kesedihan itu kurangla katanya.


Saya juga terfikir lepas ni nak kerja tebar roti macam mana, nak ambil order macama mana, sebab semuanya memerlukan kedua tangan, tapi dengan percaya pada tuhan nyawa aku masih bernyawa, aku terus berusaha tuhan akan bantu dengan caranya sendiri.



Memang sedih bila lihat anak kadang-kadang kawan anak berkata eh ayah kau takda tangan, sedih pada anak-anak tapi saya berkata ayah ada kelebihan yang orang lain takda ayah akan tunjuk.


Lokasi Medan Selera Pasar Borong Batu Berendam MPSJ 


Menu 

Roti canai

Nasi Lemak (ayam, telur mata)

Asam pedas ikan kembung, ikan pari, Tenggiri, telur ikan 3 jenis (telur parang, tenggiri, mayong)


#Untuk show roti canai terbang tu takkan dimasak sebab benda tu dah kotor, hanya untuk show sahaja.

Sumber: APHD Story

Post a Comment

0 Comments