Mayat Wanita Pertama Di Gunung Everest Yang Menakutkan

Mayat Wanita Pertama Di Gunung Everest Yang Menakutkan

 


Nama Hannelore Schmatz merupakan salah satu nama popular kerana beliau merupakan individu keempat terawal di dunia ini yang berjaya menawan puncak Gunung Everest.


Malangnya, Schmatz juga menjadi pendaki wanita pertama yang mati di Gunung Everest.


Schmatz merupakan seorang pendaki wanita yang berasal dari negara Jerman.


Schmatz bersama suaminya telah berusaha dengan azam yang tinggi untuk mendaki Gunung Everest pada tahun 1979.


Akhirnya mereka berjaya menawan puncak gunung tertinggi di dunia itu.


Malangnya, ketika sampai di puncak dan dalam usaha untuk turun, Shmatz mengalami keletihan yang teramat.


Bukan sekadar letih, Schmatz juga mengalami kesukaran bernafas serta tubuhnya menjadi lemah disebabkan cuaca yang terlalu sejuk.


Akhirnya, Schmatz mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perjalanan dan mahu berehat di situ.


Schmatz duduk di atas backpack miliknya dan akhirnya mati.

Mayat Wanita Pertama Di Gunung Everest Yang Menakutkan


Bertahun lama sehinggalah ke hari ini, mayat Schmatz masih tidak reput disebabkan cuaca sejuk beku.


Mayatnya masih elok cuma semua rambutnya sahaja sudah tiada akibat gugur ditiup angin.


Kedua-dua belah mata mayat Schmatz juga terbuka luas dan amat menakutkan.


Setiap pendaki yang melalui kawasan mayat Schmatz ini mengatakan bahawa pandangan dan lirikan mata mayat Schmatz seolah-olah mengikut mereka selepas mereka melihatnya.


Seram kan?


Oleh: ISKANDAR ZULFAQAR

Post a Comment

0 Comments