Polis Buka Kertas Siasatan Ambulans Merempuh Tol Karnataka

Polis Buka Kertas Siasatan Ambulans Merempuh Tol Karnataka

 


UDUPI: Sekurang-kurangnya empat orang meninggal dunia manakala jumlah yang sama cedera selepas ambulans laju merempuh tol di Kartanaka. Manakala salah seorang yang cedera berada dalam keadaan kritikal.


Antara yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Gajanana Naik (45), pesakit dalam ambulans, Manjunath Naik (40) pesakit, Lokesh Naik (42) pesakit dan Jyothi (32) pesakit.




Sumber polis memberitahu bahawa kira-kira lapan orang, termasuk pemandu, sedang dalam perjalanan menaiki ambulans dari Honnavar ke Udupi bersama pesakit yang berada di bawah rawatan di sebuah hospital swasta di Honnavar. Dia sedang dibawa ke hospital di Udupi untuk rawatan lanjut.


Antara yang cedera adalah kakitangan tol yang menjaga pintu, dalam rakaman terlihat kakitangan itu cuba mengalih penghadang sebelum dirempuh ambulans. Ketika ambulans menghampiri pintu tol, kakitangan berfikir bahawa kenderaan itu mengalami kegagalan brek, dan bergegas keluar untuk kosongkan laluan di samping terdapat seekor lembu menghalang jalan. Dikatakan pemandu cuba memijak brek untuk mengelak dari melanggar namun ambulans tetap menggelosor.


Kesan daripada itu ambulans terbalik dan menyebabkan kesemua pesakit tercampak. Sementara itu, kamera CCTV yang berada di situ menangkap rakaman dan dijadikan bahan bukti. Kesemua yang cedera dikejarkan ke hospital manakala kakitangan pintu tol bernama Shambhaji Gorpade yang keluar dan terkena hentaman ambulans mengalami kecederaan. Pihak polis telah mengenalpasti pemandu ambulans bernama Roshan dan siasatan masih dijalankan.



Post a Comment

0 Comments