Sekelip Mata Berubah, Muka Herot, Kaki Terangkat, Air Liur Meleleh, Selepas Main Di Luar Rumah

Sekelip Mata Berubah, Muka Herot, Kaki Terangkat, Air Liur Meleleh, Selepas Main Di Luar Rumah

 


Kisah sedih ini dikongsi oleh seorang ibu di laman sosial bernama Puan Nurli. Kisah ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada ibu ayah untuk memantau aktiviti anak ketika bermain di luar rumah. 



Keadaan anaqi 13/7 dan 14/7


Saya dan suami tawakkal sepenuhnya pada Allah

berserah sepenuh hati..

Alhamdulilah Allah  mudahkan urusan ..


Hari rabu doktor dah ambik air tulang belakang..

keputusan air tulang belakang perlu tunggu 10 hari waktu bekerja , doktor bagitahu  sample air tulang belakang akan di hantar ke makmal hospital Kuala Lumpur, untuk tahu virus apa yg menyerang otaknya..


doktor masih tidurkan dia.. dan masih on antibiotik

bacaan darah merah dah mula stabil.. bacaan tekanan darah juga dah menunjukkan stabil tapi ada ubat support jantung lagi cuma dosenya di rendahkan..


Ramai yang bertanya mcm mana boleh jadi mcm nie..


Anaqi mula demam selepas main tanah di depan rumah.. dia guna peralatan ceduk dan masukkan tanah di botol.. dan sy perasan ada najis kucing di situ...saya melarangnya terus dia masuk ke rumah.. 



deman on off dalam beberapa hari.. dia sihat lepas makan ubat demam.. aktif dan ceria..


selepas baik demam dia ada pegang anak kucing yang sakit, yang berair mata, yang berlendir mulut dan  kucing kurus tu tidak bermaya..dia pegang dan main kucing tu di belakang rumah..saya melarangnya.. dan dia masuk rumah semula..


start dari itu dia demam lagi.. 

dalam beberapa hari..

bagi ubat demam ok, dan kembali demam semula..


sampailah muntah , tak lalu makan,


balik ke kampung dia nampak ok..panas badan pun dah kurang.. 


start jumaat pagi badan dia dah mula lemah, 

tidur sahaja, jalan tak betul, tak nak makan tak nak minum, bercakap pun tidak..


hantar ke klinik.swasta 2 tempat..

doktor tak dapat detect sakit apa..doktor bagitahu suhu badan tak panas sgt dan ada tonsel serta kurang minum air..




dan doktor klinik swasta suruh terus ke hospital Baling..sepanjang perjalanan, di situ Anaqi menunjukkan reaksi badan yang pelik, muka terherot, kaki dia terangkat, tangan terherot2.. air liur meleleh, kancing gigi , check suhu  tak demam tinggi sangat.. nurse yang melawat bagitahu yang anaqi kena sawan.. terus doktor bergegas masukkan ubat sawan.. tapi kejadian sawan tue berulang lagi.. dan bacaan oksigen dah mula tak stabil dan semakin menurun...


doktor decide untuk tidurkan dia

sbb ada 2 risiko akan berlaku jika dia tidak di tidurkan..


bila oksigen tak sampai ke otak dia boleh lumpuh seumur hidup..

bila oksigen tak sampai ke jantung dia boleh pergi buat selama2nya..


Allah maha baik, Allah mudahkan semuanya.. alhamdulilah urusan  Anaqi di mudahkan, doktor berjaya pasang tiup pernafasan dan tidurkan dia.. 


dan transfer Anaqi dari hospital Baling ke hospital Alor Setar...sebab di hospital Alor Setar banyak pakar dan mesin ...ummi teman Anaqi..


Sampai Alor Setar , dalam jam 8 lebih..

terus masuk ke PiCU


doktor pakar berkumpul untuk bantu selamatkan Anaqi..


ummi menunggu setia di luar dengan bertemankan air mata, sambil mendengar alunan takbir hari Raya..



ummi jadi fobia  bila nampak kucing sakit sekarang ini..

Alhamdulilah Allah datangkan kekuatan luar biasa..walaupun hati ummi umpama tisu.. ummi yakin Anaqi ummi akan sihat seperti dulu..

Berserah sepenuhnya kepadaMu ya Allah.


Semoga Puan Nurli diberikan kekuatan dan moga Allah sembuhkan penyakit Anaqi secepatnya Aminn. 


Kredit: Puan Nurli

Post a Comment

0 Comments