Untuk pengetahuan anda, terdapat satu bantuan yang boleh anda terima secara automatik tanpa perlu memohon. Bantuan tersebut ialah MySalam.
MySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang menyediakan perlindungan takaful untuk golongan berpendapatan rendah melalui Dana Amanah MySalam.
Skim ini bertujuan untuk membantu memudahkan mereka yang berpendapatan rendah menjalani kehidupan normal apabila menghadapi cabaran kewangan dengan penyakit mereka.
Kebaikan MySalam
Banyak faedah Mysalam yang akan diterima oleh pemohon yang layak, antaranya adalah seperti berikut:
- Terima bayaran RM8,000 yang diagihkan dalam masa yang akan diumumkan.
- Dapat bayaran harian untuk tempoh 14 hari setahun pada kadar RM40 sehari atau RM700 setahun.
Berita baik terkini untuk semua rakyat Malaysia kerana Skim Perlindungan MySalam akan mula diperluaskan kepada penerima BKM yang layak mulai tahun 2022.
Syarat Kelayakan
Ketahui syarat kelayakan sebelum memohon:
- Anda perlu berumur antara 18 dan 65 dan pasangan.
- Anda perlu berumur antara 40 hingga 65 tahun dan mempunyai pendapatan tahunan kurang daripada RM24,000.
- Individu OKU berumur 18 hingga 65 tahun dengan pendapatan RM24,000 setahun.
Cara Claim Bantuan RM700
Mudah sahaja untuk anda claim bantuan MySalam RM700 ini, berikut adalah caranya :
Penerima BPR/ BKM layak dapat bantuan ini secara automatik, maklumat tersebut akan terus dimasukkan ke dalam sistem MySalam.
Semakan status boleh dilakukan melalui pautan rasmi MySalam di : https://www.mysalam.com.my/b40/info/
Penerima yang layak akan diberi notifikasi melalui SMS. Jika anda tidak dapat sebarang SMS, anda boleh menghantar e-mel di info@mysalam.com.my atau hubungi 1-300-888-938
Senarai Penyakit Yang Anda Boleh Claim RM700
Di bawah ini adalah senarai penyakit yang membolehkan anda atau keluarga anda menebus bantuan MySalam:
Senarai penuh klik sini
0 Comments