Sebenarnya jumlah artis kita yang dulu hidup dalam kesenangan dan kemewahan, tiba-tiba kini berubah jatuh susah agak ramai.
Walaubagaimanapun jumlah tersebut tidak dapat dikesan kerana ada artis yang malu untuk mengaku hidup susah pada pihak berwajib.
Ini menyebabkan sukar dikesan jumlah sebenar artis-artis kita dari dulu hingga kini yang dilanda kesusahan dalam hidup di hujung-hujung karier mereka.
1) Datuk Yahya Sulong
Yahya Sulong atau lebih dikenali sebagai Pak Ya merupakan seorang pelawak yang tidak asing lagi pada kita. Mula berlakon sejak zaman Allahyarham P.Ramlee lagi hinggalah di penghujung hayat beliau.
Filem Da Di Du dan Si Luncai antara puluhan filem yang menaikkan nama beliau sebagai pelawak terkenal.
Bagaimanapun langit tidak selalu cerah. Kehidupan Pak Ya berubah sekelip mata di penghujung karier beliau.
Kejadian di mana Pak Ya meminta duit belanja dapur dari seorang wartawan yang menemuramahnya membongkar kisah hidup Pak Ya yang amat susah.
Menurut Pakya apalah guna gelaran Datuk yang diperolehinya jika hidup dalam kesusahan. Pakya yang menghidap asma dan jantung memerlukan RM6000 setiap bulan untuk perubatannya. Malah Pak Ya dan isteri pun menumpang di rumah anak di Sentul Kuala Lumpur.
Pak Ya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur pada Februari 2013 tanpa ditemani isterinya yang turut uzur ketika itu.
Lebih menyedihkan dia terpaksa menggunakan pengangkutan awam untuk bergerak ke mana-mana tempat selain mempunyai sumber pendapatan yang terhad iaitu bergantung pada bantuan daripada pihak Baitulmal sebanyak RM400 sebulan.
2) Uji Rashid
Uji Rashid satu nama yang cukup besar pada tahun 70an, bidang nyanyian dan lakonan sama-sama melonjak naik ketika itu. Lagu popular beliau Semakin Hari Semakin Sayang dan Tangisan Semalam berkumandang di corong-corong radio ketika itu.
Sementara filem Permintaan Terakhir, Langit Tidak Selalu Cerah berjaya melonjakkan nama beliau di layar perak. Tetapi seperti tajuk filem beliau, Langit Tidak Selalu Cerah begitula kehidupan yang beliau alami kini di penghujung usia.
Masyarakat juga dikejutkan dengan berita dihalau dari rumah sewanya dan anaknya pula diracun.
Berkaitan: Cico diracun, dihalau keluar rumah, Uji Rashid kongsi cerita
Sejak itu kehidupan uji mula ditimpa kesusahan bertalu-talu hinggakan Uji tidak segan lagi untuk meminta rumah PPR dari DBKL.
Usaha Uji membuahkan hasil apabila Menteri Dato Noh Omar campur tangan untuk melayakkan Uji menerima bantuan rumah PPR tersebut.
Rata-rata peminat biduan hebat ini terkejut dan tidak mengjangkakan bahawa kehidupan satu nama besar akan berakhir begini. Para netizen serta peminat Uji berharap pihak persatuan artis dan apa saja pertubuhan berkaitan artis agar lebih peka membantu artis-artis susah sebegini.
3) Shima
Berjaya turun 37kg dalam tempoh setahun |
Satu nama cukup popular dulu setelah menggantikan tempat Ella yang meninggalkan kumpulannya The Boys.
Tidak lama kemudian Shima bergerak solo dan lagunya terus menjadi siulan Teringin, Luka Dilukai, Setelah Aku Kau Miliki merupakan antara lagu-lagu yang membawa Shima ke puncak kejayaan.
Bagaimanapun harapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari begitulah perumpamaan yang sesuai dengan kehidupan Shima kini.
Zaman kegemilangan Shima seakan berakhir apabila beliau merasai saat kejatuhan. Tambah pula beliau menghidap penyakit sakit saraf, sakit belakang dan masalah pundi kencing.
Shima meneruskan kehidupan dengan berniaga warung di Damansara Damai walaupun keadaan sakit belakangnya yang membatasi pergerakan sewaktu berniaga.
Shima berniaga sebelum PKP |
Pun begitu, tersimpan hasrat dihatinya untuk memiliki rumah PPR sendiri sebagai pengakhiran hidupnya.
Ayuh marilah bersama kita membantu mereka yang memerlukan. Di saat sunyi, mereka menghiburkan kita dan kini mereka pula kesempitan, kita pula 'menghiburkan' mereka.
Kita doakan agar Shima terus tabah dan cekal menghadapi hari-hari mendatang.
4) Tokki
Penyanyi tidak asing lagi Mohd Zaki Mansor atau lebih dikenali sebagai Tokki mengejutkan ramai pihak apabila tinggal di dalam hutan berdekatan Batu 12 Gombak.
Tidak putus-putus Tokki dikunjungi teman dan insan prihatin termasuk Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Ahmad Shukri Yusoff dan penceramah popular, Ustaz Ebit Lew yang menghulurkan bantuan.
Tokki yang mempunyai banyak sejarah tersendiri bagaimanapun enggan mengulas kisah-kisah lampau dan hanya mahukan kisah terkini beliau sahaja diambil.
"Usahlah ditanya berapa anak saya dan sebagainya. Jujurnya tiada apa yang indah mengenai kehidupan saya ini untuk dikongsi bersama orang ramai kecuali rasa terharu atas keprihatinan semua" katanya yang berteduh di pokok usang di pinggir hutan di Batu 12 Gombak sejak dua tahun lalu.
Keperitan yang dialami Tokki mendapat perhatian ramai apabila Tokki berjaya mendapat tempat tinggal yang lebih selesa.
Semoga kehidupan Tooki akan lebih bahagia dan sentiasa di bawah rahmat Allah.
5) Alina Hassan
Bekas juara Sinaran Pasport dan tempat ketiga program mentor TV3 kini berdikari sendiri walau terpaksa tinggal di bilik kecil di Setapak sebelum ini.
Alina Hassan menyedari bahawa bergelar juara sekalipun belum tentu dapat menjamin masa depan beliau.
Justeru itu, beliau tidak segan silu untuk menyanyi di food truck Jalan Genting Klang Kuala Lumpur.
Kini nyanyi di jalanan |
Kita doakan Alina terus maju jaya dan cekal hadapi ujian Allah.
6) Man Kidal
Man Kidal satu nama besar dalam industri muzik tanah air. Pemain guitar Kumpulan Left-handed ini amat terkenal di negara kita.
Bagaimanapun sejak PMP bermula awal Mac 2020, pendapatan Man Kidal mulai terjejas,
Menurut isteri Man Kidal, Puan Norlaila Yusof sejak bermulanya PKP tahun lepas, Man Kidal tidak mendapat sebarang job langsung.
Disebabkan tidak dapat bekerja, Norlaila memberitahu, suaminya berusaha mencari ikhtiar lain untuk meneruskan kelangsungan hidup termasuk berniaga dan melakukan projek tertentu yang boleh menampumg kehidupan.
"Sepanjang pembabitan abang Man dalam bidang seni, belum pernah kami meminta bantuan daripada mana-mana pihak. Kalau ada pun, belum pernah lagi kami menerima apa-apa".
"Tetapi kami faham dalam keadaan hari ini, memang ramau yang terkesan, sebagai antara mereka yang terkesan, kami memang mengharapkan ada pihak yang simpati dan sudi menghulurkan bantuan" ujar Norlaila.
Keperitan hidup yang dialami Man Kidal mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor yang menghantar bantuan terus ke rumah Man Kidal.
Semoga segala masalah yang dihadapi oleh Man Kidal akan berakhir.
0 Comments