KWSP 2.0 Ada Harapan Lulus? Majlis Senator Malaysia Usul Di Parlimen

KWSP 2.0 Ada Harapan Lulus? Majlis Senator Malaysia Usul Di Parlimen

 


Timbalan Presiden Senator Malaysia Dato Razali Idris dan beberapa senator lain akan mengusulkan  pengeluaran kwsp 2.0 secara bersasar dalam beberapa hari lagi.



Bermaksud pencarum yang terkesan, untuk yang tidak terkesan seperti masih bekerja (ada kerja tetap, gaji tetap) dan mencarum seperti biasa tidak perlu.


Hanya tumpukan pada pencarum yang terkesan.


Sebanyak 134 ribu pencarum terkesan telah menghantar borang aduan kepada Pengerusi Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat iaitu Azmi Mohd Tahir.


Jika usul ini diluluskan kemungkinan penambahbaikan akan berlaku sama ada hanya tumpu pada bersasar atau terus terbuka pada semua.


Mengharapkan budi bicara menteri kewangan.


Menurut presiden itu lagi, peluang kwsp 2.0 ini diluluskan adalah tinggi disebabkan harapan rakyat adalah menjadi keutamaan dan ianya dibawa usul ke parlimen oleh ahli Dewan Negara iaitu majlis tertinggi para senator.


Katanya lagi pihaknya telah membuka borang tuntutan kwsp 2.0 itu selama dua minggu yang tamat pada 31 julai 2022 lepas yang mana seramai 2.7 juta pencarum  hanya 134 ribu sahaja membuat tindak balas atau mengundi untuk kwsp 2.0 diluluskan. Mana lagi 2.66 juta?? Katanya.


Presiden itu juga menambah dia mengandaikan seramai 134 ribu yang memberi maklum balas itu adalah rakyat atau pencarum yang betul-betul terkesan, dan mereka sangat-sangat memerlukan dalam keadaan sekarang ini.


Selebih pencarum yang tidak memberi maklum balas terpulang pada kerajaan jika diberi peluang alhamdulillah la katanya lagi.


Tambahnya lagi jika kerajaan hanya luluskan secara bersasar makna kata yang mana pencarum tak terkesan tu tunggulah umur 55 tahun nanti.


Ada beberapa kategori diutamakan dalam usul di dewan rakyat


1) Suri rumah, Ibu tunggal dan pencarum b40 dan m40 yang dah lama tak mencarum contoh berniaga sendiri boleh keluar duit kwsp semua 


2)  yang mempunyai simpanan RM 20 ribu ke atas dibenarkan buat pengeluaran sebanyak 30%,  bagi yang mempunyai simpanan bawah 20k dibenarkan keluar semua dan wajib tinggalkan baki rm200.


Usul ini diminta lulus sebelum masuk bulan oktober iaitu sebelum pembentangan bajet 2023.


Pengeluaran KWSP ini ditumpukan pada akaun 1 pencarum, bukan akaun 2. 


#Perjuangan bersama Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat, Persatuan Pengguna Islam Malaysia.


Sumber: Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat

Post a Comment

0 Comments