Kanak-kanak perempuan bernama Nur Asyiqin Qistina M Nor Zawawi berusia 12 tahun dikatakan pengsan selepas berlakunya satu dentuman petir selain ribut di Kampung Sungai Raya Kuala Betis Gua Musang semalam.
Bunyi dentuman itu menyebabkan rumah M Nor Zawawi bekalan elektrik terputus sebelum isterinya menelefon suruh melihat rumah.
Tiba di rumah isteri juga memaklumkan anaknya itu tidak sedarkan diri yang berada di atas katil.
Terdapat sebuah telefon dan pengecas berdekatan mangsa ketika M Nor Zawawi dan isteri datang mengejut anaknya.
Mereka terus membawa anaknya ke Klinik Kuala Betis sebelum disahkan meninggal dunia. Jenazah dibawa ke Hospital Gua Musang untuk dibedah siasat.
Ketika di Unit Jabatan Forensik Hospital Gua Musang M Nor Zawawi berkata terdapat kesan terbakar pada tangan anaknya itu dan juga pada tilam.
Beliau yang juga bapa kepada lima anak itu redha atas ketentuan ilahi, dan dia menganggap ini adalah satu ujian buat keluarganya.
"Nur Asyqin Qistina mungkin kena panah petir ketika menggunakan telefon bimbit berdasarkan kesan terbakar di tangan selain telefon anak saya juga rosak.
"Apa yang berlaku sangat mengejutkan kami sekeluarga, namun kami reda," katanya.
Sementara itu BERNAMA melaporkan, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, ketika kejadian kira-kira 4.50 petang itu, kawasan berkenaan sedang berlaku ribut petir.
Beliau berkata kejadian itu dilaporkan oleh bapa mangsa, M Nor Zawawi Awang selepas dimaklumkan oleh isterinya bahawa anaknya Nur Asyqin Qistina telah pengsan di tempat tidur.
Berita lain:
Sungai Petani:- Kanak-kanak perempuan patah tangan kanan manakala 16 yang lain cedera selepas van sekolah dinaiki terbabas ke dalam parit berhampiran Taman Rhu, Tikam Batu hari ini.
Mahkamah Persekutuan sebentar tadi MENOLAK permohonan DS Najib Razak memasukkan bukti tambahan membabitkan Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali menerusi rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Petaling Jaya:- Memiliki pengikut 4.3 juta, usahawan sensasi, DS Aliff Syukri menawarkan kepada mana-mana pengguna yang ingin membeli akaun Instagram miliknya dengan harga RM500,000.
Alor Setar: Dua kotak polistrin dan sebuah beg plastik berzip tertera perkataan "pekasam ikan" yang ditemui bersama dua lelaki di Shahab Mergong, di sini malam tadi rupanya mengandungi daun ketum untuk dijual.
Helah dua lelaki itu kononnya menjual ikan pekasam terbongkar selepas sepasukan pegawai polis dari Balai Polis Alor Setar yang diketuai Inspektor Rozilan Mat Yusoff melakukan serbuan, 10.45 malam tadi.
Serbuan dilakukan berdasarkan maklumat yang diperolehi dan perbuatan mencurigakan dua lelaki berusia 20 dan 21 tahun yang kononnya penjual ikan pekasam.
0 Comments