Alfatihah Nur Qasrina Meninggal Dunia Di Hari Mulia

Alfatihah Nur Qasrina Meninggal Dunia Di Hari Mulia

 


Seorang pekerja sebuah pasar raya maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah lori treler di Kilometer 137, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kijal di sini hari ini.


Dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 pagi itu, mangsa, Nur Qasrina Abdul Kassim, 27, dari Kampung Baru Bukit Teruna di sini meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala.


Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian, mangsa menunggang motosikal dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerja di Binjai, Chukai di sini. 


“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggangi mangsa dikatakan hilang kawalan lalu tergelincir selepas terlanggar bahu jalan yang sedikit tinggi kerana baru diturap.


“Mangsa kemudiannya terjatuh di atas jalan sebelum dilanggar sebuah lori treler di belakangnya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. 


Hanyan berkata, mayat Nur Qasrina telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut.


Luahan sahabat baik atas pemergian arwah menyentuh hati netizen:



Video:

Post a Comment

0 Comments