Seorang wanita maut dalam kemalangan membabitkan motosikal dan treler selepas menghantar anaknya ke sekolah di Kilometer 57 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur berhampiran Jambatan Sungai Batang Padang di sini pada Jumaat.
Dalam kejadian sekitar jam 7.15 pagi itu, Shahriza Ishak, 39, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah untuk mengambil seorang lagi anaknya untuk dihantar ke sekolah. Menurut sumber berlaku pergeseran antara dua kenderaan itu yang datang dari arah sama iaitu dari Tapah menghala ke Kampar. Akibat pergeseran itu, mangsa jatuh atas jalan dan diseret hampir 10 meter oleh treler terbabit. Mangsa meninggalkan seorang suami dan empat orang anak.
*Ujian saringan air kencing mendapati pemandu treler berusia 36 tahun terbabit positif dadah jenis methamphetamine lelaki itu telah ditahan untuk siasatan lanjut
0 Comments