'Bagai Nak Luruh Jantung'- Mayat Dalam Hujan Lebat Rupanya Isteri Kemalangan

'Bagai Nak Luruh Jantung'- Mayat Dalam Hujan Lebat Rupanya Isteri Kemalangan

 


Kisah yang menyayat hati dicerita oleh suaminya apabila pada hari kejadian isterinya menunggang motosikal jenis Modenas Kriss mahu ke tempat kerja sebelum dia lalju jalan sama utuk ke kerja terlihat kemalangan. 


Lebih menyedihkan apabila dia menoleh ke arah kemalangan itu dia seperti kenal jenis motosikal yang ditunggang isterinya. Akhirnya apa yang disangkakan itu betul mayat yang berada di atas jalan itu adalah mayat isterinya.


Betapa luluh hati seorang lelaki ketika terpandang tubuh yang terbujur kaku dalam kemalangan yang kebetulan disaksikannya dalam hujan lebat rupanya adalah mayat isteri sendiri dalam kejadian di Jalan Sungai Ular.


Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, suami mangsa yang kebetulan lalu di tempat kejadian terus meluru ke arah mayat Nur Almass Zasmi, 23, lalu memeluknya sambil menangis dengan diiringi hujan lebat, ketika itu.


Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Azhar Hashim berkata, mangsa merupakan orang kelainan upaya (OKU) bisu dan bekerja sebagai operator kilang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss sebelum terlibat kemalangan dengan sebuah treler.


"Melalui siasatan awal, kita mendapati mangsa dari arah Serdang ke Sungai Ular, manakala pemandu treler dari arah Sungai Ular ke Serdang.


"Ketika tiba di tempat kejadian, motosikal ditunggang wanita tersebut dipercayai hilang kawalan dan terbabas lalu masuk ke bawah treler sebelum digilis tayar belakang kenderaan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan.


Difahamkan, pasangan yang masing-masing merupakan OKU bisu itu bernikah pada 8 Disember 2018 dan dikurniakan seorang anak perempuan yang baru sahaja berusia tujuh bulan.


Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Kredit Sumber Sinar Harian

Post a Comment

0 Comments