Percaya tak? daripada reaksi anak mata seseorang tu kita boleh tahu dia suka, cinta atau tertarik pada kita atau tak.
Dari pandangan mata orang sebenarnya boleh menggambarkan segala isi hati sebab tu orang cakap "Dari mata turun ke hati".
Sebenarnya hal ini valid dan memang sebenarnya jika anak mata kita kembang ke kempis ke boleh dipengaruhi oleh emosi.
Bila kita tertarik dengan seseorang ada hormon-hormon yang dirempeskan yang membuatkan otot yang mengawal saiz anak mata hitam tu akan mengembang. Jadi bila kita lihat seorang lelaki atau perempuan melihat kita tiba-tiba anak mata hitam macam kembang boleh jadi dia suka kita, akan tetapi boleh juga dia jadi takut dengan kita. Sebab berperasaan dengan emosi ni bukan hanya setakat timbul perasaan suka, dia juga boleh jadi benci, takut, gelabah, gementar dan seumpanya.
Sebenarnya kalau kita melihat dari pandangan mata kasar kita tak nampak pun anak mata orang tu mengembang ke mengecut ke, secara terperinci kita kena suluh dengan lampu suluh mata tu baru kita nampak mata orang tu mengecil atau mengembang.
tapi janganlah pula kau pergi suluh mata org tu, mentang-mentang kau suka kat dia nak try pula check.
Selain daripada itu, anak mata kita mengembang ke mengecut ke boleh jadi dia beri petunjuk ada sesuatu penyakit lain, sebab tu pentingnya kalau kita ibu-ibu yang ada anak kecil kan ataupun sesiap yang ada mak ayah yang dah tua/berusia sebenarnya seSIMPLE-SIMPLE test untuk check anak mata hitam tu boleh menunjukkan ada masalah lain ke tak.
Contoh kita suluh anak mata hitam anak kita kadang tak sama mata kanan besar dan mata kiri kecil, sepatutya kalau kita suluh secara direct pada anak mata hitam dia terus mengecut, tapi kalau suluh saiz anak mata hitam tu dia statik senyap je, itu menunjukkan orang tu ada masalah lain kemungkinan melibatkan bahagian otak atau mata dia tu ada masalah lain yang menyebabkan cahaya tu tak sampai yang boleh menyebabkan anak mata hitam tu boleh bertindak balas.
Kalau orang tua pula yang ada kencing manis boleh cuba suluh anak mata dia untuk tengok reaksinya, kalau takde tindak balas perlu ada checkup pada saraf mata, atau belakang mata untuk mendapat keputusan lebih terperinci.'
Orang yang kemalangan atau terlentang jatuh juga boleh kita cuba suluh anak mata untuk lihat reaksi bagaimana.
Selain tu, faktor saiz anak mata hitam mengecil ke mengembang boleh jadi disebabkan pengambilan ubat-ubatan yang tidak sesuai, atau ubat tu ada ciri-ciri yang boleh menjadi penyebab membesarkan atau mengecilkan anak mata hitam.
Jika ada perasaan ragu-ragu bolehlah rujuk kembali pada pihak doktor atau hospital untuk mendapatkan kepastian.
0 Comments