"Dikala Melantunkan Lagu Di Pintu Syurga, Wajah Arwah Ibu Ayah Muncul Dipandangan Saya" - Ifa Raziah

"Dikala Melantunkan Lagu Di Pintu Syurga, Wajah Arwah Ibu Ayah Muncul Dipandangan Saya" - Ifa Raziah

 



Ifa Raziah (47) tahun, salah seorang peserta program nyanyian terbaharu di TV3 iaitu Terpaling Juara. Beliau terpilih berdasarkan  pengalamannya dalam bidang seni selama 27 tahun sebagai seorang penyanyi, pelakon dan pengacara. 


Namun, persembahan nyanyiannya sering dikritik peminat kerana dianggap kurang menyengat seperti penyanyi-penyanyi 'otai' yang lain.


Dalam pada itu, nyanyiannya  Di Pintu Syurga turut dikritik oleh peminat kerana mengeluarkan suara sumbang. Ifa Raziah tidak melatah sebaliknya memohon maaf dan mengakui kesilpannya yang tidak memberikan persembahan terbaik untuk menyampaikan lagu tersebut. 


Suara sumbang


Tolong masuk kelas vokal 


Macam mana orang boleh bayar mahal? 



Dalam pada itu menurut Ifa, lagu nyanyian asal Dayang Nurfaizah ini sangat sukar dinyanyikan secara 'live'. 


"Ia membuat emosi saya terganggu, sebak, sedih bercampur-baur.  Saya jadi lemah dan tak dapat mengawal perasaan untuk menguasai bait lirik yang dipenakan oleh arwah sahabat saya Rudy Imran". 


Sambungnya, " Malahan liriknya, Doaku kasih.. kita bersua.. dipintu syurga.. dikala dilantunkan lirik ini, wajah arwah ibu dan ayah saya muncul dipandangan saya, sehingga saya tidak dapat mengawal perasaan dan tidak dapat menahan air mata saya daripada berjurai" katanya.

Post a Comment

0 Comments