Kenapa Wak Painah boleh kembali semula ke dunia nyata tetapi tidak Acap?

Kenapa Wak Painah boleh kembali semula ke dunia nyata tetapi tidak Acap?

 


Kehilangan seorang nenek atau dikenali sebagai Wak Painah minggu lepas pada rabu menggemparkan masyarakat setempat seketika. Wak Painah yang berasal dari Kampung Parit Kaseh Batu Pahat itu dikatakan pergi keluar mencari lidi di kebun sawit dikatakan tak pulang-pulang.



Kehilangan Wak Painah disedari jirannya iaitu Zuzilawati yang mana mangsa juga kawan kepada arwah maknya, Wak Painah dianggap ibunya selepas arwah maknya meninggal dunia.


Kejadian berlaku kira-kira pada petang rabu 11 ogos yang mana Wak Painah keluar seperti biasa berjalan kaki menuju masuk ke kebun, lantas kehilangan Wak Painah disedari jirannya dan menyebabkan mereka membuat satu laporan polis di balai berkenaan kehilangan individu ini.


Unit K9 Anjing pengesan dan Bomba Malaysia telah dikerahkan ke tempat kejadian bagi membawa balik Wak Painah yang dikatakan oleh orang ramai dia telah disorok bunian. Pada hari jumaat 12 ogos anak Wak Painah dikatakan telah melihat maknya hampir keluar dan ditarik ( tular satu video) akan tetapi anaknya terlepas tangan jatuh dan terus pengsan. 


Allah belum kehendaki pulang


Namun pada hari ini jam 11 pagi tadi Wak Painah telah ditemukan penduduk kampung serta 187 pegawai terdiri daripada Bomba, PDRM serta Batalion ke 10 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Anggota Pertahanan Awam dan Rela. Lokasi perjumpaan Wak Painah kira-kira 900 meter dari pos kawalan operasi.


Wak Painah terus dikejarkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat untuk tindakan lanjut dengan keadaannya yang lemah tanpa makan dan minum selama 6 hari.


Kenapa Wak Painah boleh pulang??



Menurut seorang facebooker yang mempunyai pengalaman luas dalam dunia dimensi berbeza ini yang dikenali sebagai Maya , Wak Painah boleh tersesat kerana kekhusyukan beliau melihat lidi di hutan semakin banyak, lumrah kehidupan manusia bila diberi ganjaran lumayan akan berasa ingin dan terus ingin. Ini kerana di tangan Wak Painah ketika dijumpai terlihat secekak lidi sawit dan sepasang selipar. Kehilangan Wak Painah boleh dikatakan berbalik kepada lidi sawit itu.


Kenapa boleh balik ke dunia nyata?


Dalam perjanjian kita dengan pihak sana, mereka sendiri memujuk kita untuk tinggal di sana, ada satu sempadan apabila seseorang manusia belum sampai di kawasan kampung bunian ini dan masih ingin balik, inshaAllah masih ada rezeki untuk pulang seperti yang terjadi pada mangsa yang hilang di Bukit Broga. 


Tetapi tidak Acap sebab Acap sendiri ingin menetap di sana. Wallahualam

Post a Comment

0 Comments