Khabar Duka 'Jamil Ahmad' Bekas Banduan Paling Lama Ditahan Yang Akhir Hayat Jadi Imam Masjid Meninggal Dunia

Khabar Duka 'Jamil Ahmad' Bekas Banduan Paling Lama Ditahan Yang Akhir Hayat Jadi Imam Masjid Meninggal Dunia

 


Jamil Ahmad suatu nama jika kita manusia memandangnya dari sudut negatif kita hanya nampak beliau adalah seorang bekas banduan, namun siapa sangka pengakhiran hidupnya banyak melakukan perubahan dari segi amalannya, bergaul dengan masyarakat kampung dengan baik. Beliau sememangnya kenal siapa dirinya, yang dahulu hina, bekas perompak bersenjata tapi jauh dari sudut hatinya yelah manusia kan apabila terjebak tanpa memikirkan kesan yang panjang.


Perkhabaran duka "Pak Long Jamil" semalam telah kembali ke rahmatullah kerana serangan jantung di rumahnya Kampung Sungai Kechil Kuala Nerang Kedah.


Mari kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah buat beliau.


Sejarah Jamil Ahmad dan Salleh Talib

- Meninggal dunia semalam adalah Jamil Ahmad atau dikenali sebagai Pak Long Jamil, manakala Salleh Talib adalah rakannya yang dah meninggal dunia pada 2012 enam tahun selepas dibebaskan pada 2006. 

- Kedua mereka berkenalan di Pulau Pinang sebelum menjadi kawan selepas terjebak dalam kumpulan gangsterism ketika itu, keadaan kehidupan keluarga yang susah ketika itu membuatkan mereka berdua menggunakan jalan pintas untuk senang. 

- Menggunakan selaras pump gun dan sepucuk pistol mereka berdua nekad merompak duit gaji pekerja Felda ketika itu kira-kira melibatkan sejumlah wang RM50,000.

- Belum sempat menikmati duit mereka akhirnya ditahan di rumah ketika sedang berehat, ternyata tapak kaki mereka sempat dihidu sepasukan unit pencegahan jenayah, kedua-dua mereka ditahan pada masa itu mereka berumur 26 dan 27 tahun.

- Bayangkan pegawai, warden sempat pencen mereka masih berada dalam tahanan sel, dengan itu mereka berdua dicatat bekas banduan paling lama dipenjarakan kira-kira selama 31 tahun yang masih hidup ketika itu, pembebasan mereka berdua pada tahun 2006 mendapat pengampunan Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Secara tereperinci mereka menghuni penjara selama 30 tahun 11 bulan 9 hari.

- Pada hari pembebasan umur mereka adalah 57 dan 58 tahun, yang mana tak lama enam tahun selepas itu Salleh Talib meninggal dunia di kampungnya Changkat Jering pada tahun 2012. Manakala Jamil Ahmad balik ke kampungnya di Kuala Nerang.

- Untuk info mereka dimasukkan ke penjara berasingan, Pak Leh di Penjara Taiping, manakala Pak Long Jamil di Penjara Sungai Buloh.

Jamil Ahmad 2022

Pak Leh meninggal dunia pada 2012


Kini kelibat mereka tiada lagi, Al Fatihah kedua-dua mereka semoga ditempatkan bersama mereka yang beriman. Amiin. 

Sumber: Syahril Kadir, Orang Perak

Post a Comment

0 Comments