Malang tak berbau, sate tak dapat lain yang dapat

Malang tak berbau, sate tak dapat lain yang dapat


Kuala Lumpur: Seorang remaja berusia 19 tahun dirogol secara bergilir-gilir oleh beberapa individu di sini semalam.


 Kejadian malang menimpa gadis itu pada sekitar jam 1 pagi hingga 5 pagi selepas mangsa dikatakan teringin makan sate.


Suspek dipercayai memberitahu mangsa yang dia mahu ikut bersama sebelum suspek menyuruh mangsa mengambilnya di rumah.


"Apabila tiba di rumah, suspek meminta mangsa masuk ke dalam dahulu atas alasan di luar agak sunyi".


"Suspek menyuruh mangsa memasuki bilik kerana kononnya risaukan kawan-kawan dia akan memarahinya membawa perempuan masuk ke dalam rumah". 


"Bagaimanpun nasib malang menimpa gadis itu apabila dia telah diperkosa rakannya, dan lebih menyedihkan lagi datang dua orang lelaki lain turut merogolnya".


Dikatakan mangsa nyaris dipukul dengan topi keledar akibat pergelutan itu.


Mangsa meminta pertolongan selepas suspek keluar dari rumah sebelum dia dilepaskan sendiri oleh suspek pada sekitar jam 5 pagi.


Mangsa mendapat pertolongan bapa dan rakan-rakannya sebelum mereka pergi membuat laporan polis di Balai Polis Damansara.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood mengesahkan kejadian itu dan ketiga-tiga suspek sudah ditahan bagi membantu siasatan.

Post a Comment

0 Comments