Penyanyi Elyana memilih untuk tidak menjelaskan apa-apa mengenai keputusannya yang tidak lagi mengenakan tudung, sebagaimana tular di media sosial baru-baru ini.
Penyanyi lagu Kalis Rindu itu sebaliknya berkata, selagi dia menjelaskan hal berkenaan, selagi itulah banyak cerita-cerita yang kurang enak akan timbul.
"Saya mengambil keputusan untuk tidak menjelaskan apa-apa kerana mereka tidak ingin penjelasan daripada saya, selagi saya menjelaskan, selagi itulah macam-macam cerita yang saya rasa tak masuk akal akan timbul.
“Demi menjaga tatatusila, menjaga jiwa saya, menjaga persekitaran saya… nama baik jangan cerita, nama baik dah lama jadi tak baik… Demi menjaga jiwa sebenarnya, saya ambil keputusan untuk tidak mahu menerangkan apa-apa, kepada mereka yang tidak mahu langsung memahami (saya yang) sebenarnya,” katanya.
Elyana menambah, dia tidak mengalami rasa penyesalan memandangkan setiap yang berlaku adalah satu satu proses pembelajaran.
“Dalam hidup saya tak pernah ada penyesalan. Sebab ini adalah proses kehidupan. Cumanya apa yang boleh saya cakap setiap hari, saya impikan kehidupan yang baik, untuk jiwa yang baik.
“Dulu saya amat pentingkan jiwa orang, hati orang. Saya lupa diri saya. Now saya akan buat apa yang saya rasa terfikir nak buat. Dan baik buruknya, insya-Allah saya sendiri akan tanggung.
“Dan inilah saya, jika anda boleh menerima saya, alhamdulillah jika tak boleh terima saya, saya tak boleh buat apa,” katanya lagi ketika ditemui pada program Pameran Semarak Uniti Keluarga Malaysia @ MAHA 2022.
Terdahulu kecoh di laman sosial apabila Elyana memuat naik gambar tidak bertudung di Instgram.
Elyana bagaimanapun tidak menjelaskan mengapakah dia membuka tudung, selain menutup ruangan komen di platform berkenaan.
0 Comments