Mangsa obor-obor boleh berlaku kepada sesiapa saja. Baru-baru ini tular berita kanak-kanak dari Perancis maut selepas terkena obor-obor di Pulau Pangkor. Akan tetapi pendedahan obor-obor sangat berbahaya kepada ibu bapa sangat penting maklumlah kadang-kadang anak kecil tidak tahu kesan kalau terpegang haiwan itu.
Terutama sekali bila rancang bercuti di pantai, kawalan ibu bapa terhadap anak-anak sangat penting.
Awas, kehadiran obor-obor boleh membunuh dengan beberapa minit sahaja, seperti yang terjadi kepada seorang kanak-kanak warga Perancis yang dilaporkan maut disengat obor-obor di Pulau Pangkor, Perak, kelmarin.
Dari sumber mengatakan keluarga itu mendaftar masuk hotel kira-kira jam 6.25 petang setelah mendaftar masuk kanak-kanak berusia lima tahun itu dikatakan bersama keluarganya ke pantai.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi, berkata kira-kira 30 minit kemudian kanak-kanak tersebut tiba-tiba menjerit kesakitan.
Orang awam yang ada berhampiran dengan kanak-kanak itu telah datang dan membawa mangsa ke tepi pantai dan mendapati dia telah terkena sengatan obor-obor.
Menurutnya, semasa mangsa dibawa naik ke darat, keadaannya mula tidak sedarkan diri dan keluarga mangsa telah membawa dia ke Klinik Kesihatan Pangkor.
Kanak-kanak itu kemudian disahkan meninggal dunia semasa mendapat rawatan di Wad Kecemasan Klinik Kesihatan Pangkor.
Enam fakta berkaitan obor-obor wajib kita ketahui:
1. Struktur obor-obor lembut seperti jeli, dikenali sebagai haiwan laut berbisa.
2. Dikatakan haiwan berbisa obor-obor mampu membunuh manusia hanya dalam tempoh tiga minit.
3. Hidupan marin berwarna biru itu mungkin tidak berbahaya kepada orang dewasa, namun berbahaya kepada golongan kanak-kanak kerana boleh menyebabkan rasa gatal.
4. Warnanya cantik, jadi ada kemungkinan individu terutama kanak-kanak teruja melihat dan menyentuhnya kerana tidak tahu apa risiko yang bakal dihadapi.
5. Menurut Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Nasional (NOAA) Amerika Syarikat (AS), gigitan haiwan yang dikenali sebagai box jelly fish (obor-obor kotak) kerana bentuk badannya berkotak itu boleh menyebabkan individu menjadi lumpuh, mengalami serangan jantung dan bahkan kematian beberapa minit selepas disengat.
6. Sebilangan besar daripada 4,000 spesies obor-obor hanya menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan ketika menyengat manusia.
Awas yer, ibu bapa perlu awasi anak-anak bila mereka bermain di persisiran pantai takut-takut mereka brtindak memegang, menyentuh atau menyimpan spesies berbisa tersebut.
0 Comments