Seorang nenek atau lebih dikenali Wak Painah hilang disorok bun1an. Ini kronologi

Seorang nenek atau lebih dikenali Wak Painah hilang disorok bun1an. Ini kronologi

 


Alam ghaib ini sememangnya merujuk kepada alam halus, alam yang mempunyai sifat berbeza dengan alam fizikal kita. Termasuklah alam barzakh, alam akhirat, alam makhluk halus.


Dia boleh diumpama sebagai dimensi ke 4,5, dan 6.


Alam ghaib ini tidak boleh dicapai dengan deria manusia biasa walaupun seseorang tu mengaku dia memiliki deria yang cukup kuat untuk membolehkan dia melihat atau berhubung dengan alam ghaib.


Jika dahulu orang percayakan orang bunian di alam ghaib mungkin sekarang dipanggil makhluk asing yang tinggal di dimensi berlainan.


Wak Painah asal Kg Parit Kaseh, Senggarang, 83200 johor dilaporkan hilang.


Kronologi


11 ogos 2022 (Khamis) - Nama sebenar Painah bt Siwan berumur 79 tahun seorang perempuan berbangsa melayu telah keluar ke kebun untuk mencari daun sawit dan sehingga kini tak pulang-pulang.


Jiran-jiran, saudara mara dan orang kampung telah membuat laporan polis berita kehilangan Wak Painah. Anjing pengesan skuad K9 PDRM, Jabatan Pertahan Awam, Bomba Malaysia serta RELA dikerahkan ke tempat kejadian.


Namun sebelum itu, orang kampung memaklumkan pada hari kehilangan ada saksi terlihat Wak Painah keluar dari kebun namun jejak dan kesan terus menghilang tidak nampak.


Misi mencari masih diteruskan sehingga kini.


Part 1 kehilangan Wak Painah


12 ogos 2022 (Jumaat) - misi mencari diteruskan dan masuk hari kedua, ustaz-ustaz, imam-imam dipanggil untuk melaungkan azan, orang kampung percaya Wak Painah ada saja berdekatan tapi mereka tak boleh nampak. Orang kampung berharap semua dapat mendoakan Wak Painah kembali ke jalan keluar semula keadaannya mungkin sudah penat dan letih itu.


Pencarian dari malam hingga ke pagi masih diteruskan namun hasilnya tetap gagal.


Petang jumaat - orang kampung ditakdirkan jumpa tetapi anaknya sahaja boleh melihat, anaknya menarik tangan maknya untuk keluar . Kejadian ni berlaku di kebun berdekatan. Usaha anaknya gagal genggaman tangan Wak Painah terlepas, anaknya itu terus jatuh pengsan, lemah tak sedarkan diri dan terus dihantar ke hospital.


Part 2 Dah jumpa kat kebun, anaknya seorang dapat melihat 


Menurut tiktoker dipangil @itacomely88 Wak Painah ini adalah kawan kepada arwah mak mereka, Wak Painah sudah dianggap sebagai mak mereka sekeluarga, perasaan sedih sangat tu terasa apabila orang yang kita sayang hilang disorok bunian.


Misi mencari masih diteruskan sehingga hari ini, semoga Wak Painah berjaya ditemui, kepada orang kampung semua semoga terus tabah membantu pihak berkuasa mencari Wak Painah. Semoga ada keajaiban amiin.


Sumber: itacomely88

Sumber video : tiktok @itacomely88

Post a Comment

0 Comments