Tak Sangka Inilah 'Ketua Darjah' Dalam Filem Masam-Masam Manis, Masih Sihat & Ini Wajah Terkini

Tak Sangka Inilah 'Ketua Darjah' Dalam Filem Masam-Masam Manis, Masih Sihat & Ini Wajah Terkini

 


Kalau tak tahu filem masam-masam manis bukan peminat tegar P.Ramlee orang tua-tua kata. Bak kata orang putih 'sour-sour sweet' hehehe. Kebiasaan yang lahir sebelum tahun 2000 ni masih dengar lagi Pengarah Filem Lama iaitu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, yang selepas itu mungkin sudah tak layan cerita-cerita begini.


Filem-filem P.Ramlee yang direkodkan setakat ini sebanyak 35 buah filem yang P.Ramlee sendiri menjadi Pengarah termasuk filem 'Masam-Masam Manis'.


Lakonan Cikgu Shaari dalam Masam-Masam Manis


Filem ini P.Ramlee sendiri menjadi pelakon, pengarah, penulis dan juga komposer. Tahun terbitannya adalah tahun 1965, kalau korang masih ingat lagi watak Cikgu Shaari masuk-masuk kelas je mengantuk disuruhnya anak-anak muridnya baca berulang kali. Itu salah satu komedi yang masih diingati hingga sekarang sangat menghiburkan.


Tapi kali ni admin nak cerita sedikit siapakah ketua kelas dalam kelas tu pada waktu itu. Dia adalah Haji Abdul Razak Ayub yang sekarang sudah berusia 69 tahun dan masih sihat hingga hari ni.






Pada waktu tu beliau memegang watak ketua darjah yang mana ketika itu sedang berusia 12 tahun, sekolah bernama Sekolah Kebangsaan Ulu Klang lah menjadi tempat P.Ramlee buat shooting pada masa tu. 


Kata Haji Abdul Razak Seniman agong itu sempat memberikan RM2.00 setiap seorang atau murid ketika itu, kalau nak tahu RM2.00 waktu tu macam nilai RM30-40 jugakla pada zaman sekarang.



Kini Haji Abdul Razak merupakan seorang pesara di Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Selangor dan kini menetap di Seksyen 9 Shah Alam bersama isterinya Hajah Habibah Haji Jafri.


Klip 'Cikgu Suka Main Bola, Hari-Hari Cikgu Tidur' by P.Ramlee


Sumber video: Kisah Jalanan Dotcom

Penulis asal: Borak Viral

Post a Comment

0 Comments