"Dan tolak abah dan berpeluh, baru owner dtg trus masuk kereta blah, buat tak tahu tak minta maaf pun"

"Dan tolak abah dan berpeluh, baru owner dtg trus masuk kereta blah, buat tak tahu tak minta maaf pun"

 


Kuala Lumpur: Seorang wanita dikenali Intanharith luah rasa kesal di videonya apabila dia terpaksa menolak jauh kerusi roda yang dipakai bapanya gara-gara sebuah kereta perodua myvi menghalang jalan yang dikhaskan untuk orang kelainan upaya jalan di laluan itu.


Video berdurasi berapa minit itu menunjukkan perodua myv plat bernombor VCS 3702 menghalang jalan turun pejalan khas untuk OKU.


Beliau berkata akibat sikap pentingkan diri itu dia terpaksa menggunakan jalan yang lebih jauh untuk menurunkan kerusi roda bapanya sambil membawa anak.


"Dan saya hangin dan berpeluh menolak sampai ke jalan raya, pemandu terbabit masuk ke dalam kereta terus jalan tanpa rasa bersalah"


Katanya lagi perbuatan seperti itu wajar ditularkan bagi mengajar sikap orang yang tak reti mengaku kesalahan dan tidak menghormati hak sesama.


"Betul orang kata organ paling mahal adalah otak sebab kita jarang guna otak" katanya.


Rata-rata netizen menyelar tindakan pemandu myvi berkenaan kerana menghalangi jalan khas untuk orang susah.


"Dahlah susah lagi menyusahkan.."


"Kalau kena kat aku dah hilang cermin sisi dia bagi ajar sikit" kata seorang Netizen.


"Hantar towing je, orang mcm ni menyusahkan je".

Post a Comment

0 Comments