Kali ni betul-betul hati kering mat! berita hari ni seorang wanita guna kereta Toyota Corolla Altis ugut dan langgar pagar rumah bekas teman lelakinya, mereka disyaki putus hubungan bulan lalu yang mana keluarga bekas teman lelakinya dikatakan berharta.
Polis telah menerima laporan daripada kakak kepada bekas teman lelaki suspek itu dan susulan itu suspek berjaya ditahan di Plaza Tol Gelang Patah pada jam 6.30 pagi tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Superitendan Fariz Ammar Abdullah berkata, wanita itu berusia 20 tahun turut mengugut ahli keluarga bekas teman lelakinya untuk membakar premis perniagaan mereka di Petaling Jaya.
Wanita berkenaan bebas jenayah lampau akan tetapi ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah terlarang jenis benzo.
Suspek juga mengirim satu video menunjukkan seorang individu mencurah petrol di premis perniagaan milik keluarga tersebut.
"Perbuatan wanita itu turut dirakam menerusi rakaman litar tertutup, yang menunjukkan dia merempuh pintu pagar automatik itu hingga menghempap kereta milik bapa pengadu dan menyebabkan kerosakan serta kerugian dianggarkan RM15,000.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK) yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali dan Seksyen 427 KK yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada setahun dan maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
"Kes turut disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika disabit kesalahan," katanya menambah wanita itu direman empat hari bermula semalam.
0 Comments