Setiap rumah tangga pasti ada pasang surutnya. Tidak kurang juga ujian kesenangan dan kesusahan datang silih berganti. Jika susah yang melanda, kesetiaan pasangan pasti diuji.
Ada satu masalah yang kini trend dalam masyarakat moden hari ini iaitiu meninggalkan pasangan yang mdnghadapi musibah.
Kenapa di katakan trend? Kerana sejak kebelakangan ini punca penceraian pada pasangan yang hilang upaya. Ada satu pasangan. Nikah suka sama suka.Takdir Allah, suami terlibat dengan kemalangan dan disahlan OKU. Kepala jadi teleng, cakap pun tergagap-gagap. Isteri datang mahkamah tuntut cerai.
Satu pasangan lagi, isteri cikgu manakala suami kontraktor. Mempunyai dua orang anak. Hidup senang lenang dan bahagia.Takdir Allah, si suami tiba-tiba jatuh sakit. Terpaksa berkerusi roda.Tak lama lepastu, kaki suami pula dipotong.Isteri datang mahkamah tuntut cerai.
Menurut puan Zulaikha Bahtiar dalam mengulas isu ini "Saya tak mahu cerita 'kisah disebalik kisah' kerana saya yakin dan percaya setiap orang ada alasan tersendiri di sebalik setiap keputusan. Cuma yg mahu saya kongsikan adalah trend terkini, meninggalkan pasangan ketika menghadapi ujian".
Beliau turut berkongsi kisah ketika ditimpa ujian kesakitan, katanya:
"Saya pernah diuji dengan ujian kesihatan yang berat. Badan seakan separa lumpuh. Mandi berdukung.Jalan berpapah.Berat turun mendadak.Siapa orang kuat yang berada disisi saya selain keluarga? Itu. Lelaki yang duduk disebelah saya".
Tambahnya lagi,
"Cukup tabah dan sabar melayan kerenah, emosi dan tahap meroyan saya yang sangat serius.Tak ada hari yang dia pernah angkat suara apalagi angkat tangan pada saya walaupun pada ketika itu dia boleh membuat pilihan samada meninggalkan atau kekal setia.
Tapi suami memilih untuk setia. Baginya saya adalah amanah yang perlu dia galas pada saat dia menikahi saya kerana dia sedari awal menerima saya apa adanya, bukan ada apanya.Katanya lagi, hatta suatu hari Allah takdirkan saya cacat sekalipun,dia akan jaga saya sampai hujung nyawa. Itu "ikrar" suami sewaktu sihatnya pada saya".
Sambungnya,
"Ikhtiar demi ikhtiar, dengan izin Allah, akhirnya saya pulih sepenuhnya. Beberapa tahun berlalu, Allah takdirkan lelaki ini pula diuji tapi ujian ini perlu ditanggungnya seumur hidup.
Setelah semua pengorbanan dilakukan, adakah saya mempunyai sebab untuk meninggalkan lelaki ini pada saat dia telah menyempurnakan kehidupan saya sebagai seorang isteri tanpa cacat cela pada waktu dia mempunyai daya dan upaya?
Semoga Allah menerima kesaksian saya tentang lelaki ini dan tak kira siapa yang mendahului, mudah-mudahan mati saja pemisah kami.
Terima kasih yang tidak terhingga pada ayah yang telah mendidik sedari awal bahawa tempat seorang isteri selamanya disisi suami", ujarnya.
Sumber: Zulaikha Bakhtiar
0 Comments