Bila Di Tanya Apa Yang Melukakan Perasaan Mereka? Jawapan Anak-anak Gen Z Mengejutkan

Bila Di Tanya Apa Yang Melukakan Perasaan Mereka? Jawapan Anak-anak Gen Z Mengejutkan

 


Seorang pengguna tiktok telah bertanya kepada anak-anak Gen Z iaitu generasi yang lahir pada  pertengahan tahun 1990 dan awal tahun 2010. 


Rata-rata anak-anak ini berusia 27 hingga 12 tahun. 


"Apa yang melukakan hati korang as anak?" 


Jawapan mereka telah banyak membuka mata ibu bapa di luar sana untuk mendengar suara hati mereka dan apa yang diinginkan. 


Salah satu jawapan popular ialah ibu bapa tidak mendengar luahan mereka mengenai masalah/ sekolah kerana sibuk dengan telefon bimbit. 


Selain itu, ibu bapa gemar bercerita keburukan anak-anak dan menjatuhkan air muka mereka di hadapan saudara- mara, kawan dan jiran. 


Ibu bapa juga tidak pernah mengaku salah di hadapan anak dan ukar meminta maaf. 








Di samping itu, ibu bapa tidak memberi ruang kepada anak-anak untuk membuat keputusan sendiri.  Ia menyebabkan anak-anak rasa terkongkong dan tidak pandai berdikari. 


Diharapkan ibu bapa peka dan prihatin dengan masalah anak-anak. Masalah mereka mungkin remeh, tapi jangan sekali-kali diabaikan. Sikap tidak ambil peduli ini akan mendorong anak-anak untuk mencari kasih sayang di luar kelompok keluarga. 


Hubungan anak dan ibu bapa akan menjadi semakin renggang manakala anak-anak pula seronok menghabiskan masa dengan orang luar berbanding bersama keluarga. 


Kadangkala anak-anak hanya nak masa 5 minit kita untuk tatap matanya dan pinjamkan telinga kita untuk mendengar segala luahan yabg terbuku dihatinya.

Post a Comment

0 Comments