Genap 2 Tahun Pemergian Arwah Kumin, Perjalanan Seni Kumpulan KU2 Berakhir

 



Kenali Kumpulan KU2 Yang  Menjadi Bualan Ramai Era 90an


Pada hari ini ditahun Masihi 3/9/2020 - 3/9/2022, genap 2 tahun Penyanyi, Pelakon dan Pelawak, Khuzami Ismail @ Kumin @kuminjer kembali ke Rahmatullah di rumahnya di Taman Lembah Maju, Pandan Indah, Kuala Lumpur, pada jam 12.31 tgh hari bersamaan 15 Muharram 1442H, diusia 49 tahun.


Jenazah Allahyarham telah dikebumikan di Kampung Kelahirannya Sri Menanti Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Beliau meninggal akibat jatuh dari katil dan tidak sedarkan diri. 


Allahyarham pada awalnya dikenali sebagai penyanyi menerusi Kumpulan duo - KU2 bersama rakan baiknya Allahyarham Bob Kuman yang ditubuhkan pada 1995 sebelum beralih sebagai pelakon dan pelawak. Berbanding dengan Bob Kuman yang lebih kerap berlakon, Kumin pula lebih memberi fokus pada kerja belakang tabir dan menjadi pengurus produksi.


Sepanjang bersama, KU2 mereka telah menghasilkan empat album:


Motivasi (1996)

Evolusi (1997)

Album Baru Aku! (1999)

The Best Of KU2 (2001)


KU2 berjaya mencipta fenomena baru dengan menghasilkan single pertama mereka iaitu "Nicky & Rozi". Selepas itu, mereka menghasilkan album pertama yang sulung iaitu Motivasi pada 1996. Selain kejayaan dalam meraih anugerah platinum bagi album pertama mereka, mereka juga menghasilkan album iaitu Evolusi pada 1997, Baru Aku pada 1999, serta album keempat mereka iaitu The Best Of KU2 pada 2001. Karier beliau sebagai penyanyi pada masa itu memberi peluang kepada beliau untuk menonjolkan bakatnya sebelum beralih kepada pelakon dan pelawak terkenal.



Namun, ajal dan maut telah ditetapkan oleh Allah. Kuman telah pergi ke rahmatullah pada tahun 2013 dan Kumin pula pada tahun 2020. Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman. 


Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam;

"Adapun hadiah orang-orang yang hidup kepada orang-orang mati ialah mohon istighfar (keampunan) kepada Allah untuk mereka dan bersedekah atas nama mereka".

(HR. Ad-Dailami)


Ayuh sama2 kita aminkan doa ini buat Allahyarham Dan seluruh muslimin Serta muslimat yg telah meninggal dunia, mudah mudahan bila tiba waktu kita, ada insan lain yg mendoakan kita.


"Ya Allah, Ampunilah saudara kami "Khuzami Bin Ismail" serta seluruh muslimin dan muslimat yg telah meninggal dunia, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya".

(Riwayat Imam Muslim)

Post a Comment

0 Comments