Jurukamera BernamaTV iaitu Noramfaizul Mohd Nor meninggal dunia hari jumaat setelah terkena tembakan curi semasa dalam perjalanan pulang ke pusat penginapan selepas membuat liputan di Mogadishu, Somalia.
Kejadian berlaku pada jam 5.40 petang waktu Somalia, semasa 6 orang menaiki pacuan empat roda dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan diiringi tentera Somalia.Wartawan Bernama TV Khairulanuar Yahaya menyatakan bahawa tembakan peluru sesat itu mengenai bahu Noramfaizul dan menembusi paru-parunya.Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan.
Jenazahnya dibawa pulang ke Malaysia dengan pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan mendarat di Subang.
Setiausaha agung Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), V Anbalagan ,mahu para majikan wartawan dilengkapkan dengan jaket ,helmet kalis peluru dan polisi insurans apabila membuat liputan di zon perang atau konflik.[3] NUJ bercadang mengeluarkan buku panduan keselamatan komprehensif untuk wartawan yang membuat liputan gempa bumi, banjir dan pergolakan sosial sama ada dalam atau di luar negara.
Menteri Keselamatan Dalam Negeri Somalia, Abdisamad Maallin Mohamud berjanji mencari dalang insiden itu dan dihadapkan ke mahkamah. Menurut Muhideen Mohamed seorang sukarelawan di sana, penembaknya adalah pasukan tentera Amisom dari Kesatuan Afrika (AU) di persimpangan KM4 ketika mereka menuju ke Lapangan Terbang Mogadishu.
Beliau ke sana atas jemputan misi bantuan kemanusiaan untuk membantu mangsa bencana daam kebuluran dan kemarau anjuran Kelab Putra 1 Malaysia. Tahun 1991-1992 kebuluran Somalia amat serius dan tahun 2011 kebuluran berulang akibat perang saudara .Kumpulan pemberontak Islamm al-Shabab tidak terlibat dalam insiden ini. Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) melaporkan sekitar 23 wartawan terbunuh di Afrika sejak tahun 2007.
Allahyarham berusia 40 tahun telah meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 3 tahun bernama Mohd Irfan dan Mohd Naufal.
Jenazah telah di kebumikan di tanah perkuburan Islam di UPM, Serdang. Beliau turut di anugerahkan Anugerah Bintang Gagah Perkasa.
Allahyarham pernah membuat liputan semasa misi bantuan kemanusiaan di Gaza, Palestin, Pakistan dan gempa bumi Crischurch, New Zealand.
Kini genap 11 tahun Allahyarham telah meninggalkan kita. Beliau merupakan wartawan Malaysia pertama yang terbunuh dalam membuat liputan di luar negara. Jasa dan ingatan kepada Allahyarham tidak akan dilupakan. Sedekahkan Al -Fatihah buat Arwah Noramfaizul Mohd Nor. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
0 Comments