Nor Ernie Rossmiere 24 tahun, isteri baru Dato Dr Nazri Khan membalas komen netizen yang mencaci dirinya dan melabel sebagai perampas.
Beliau tidak duduk diam apabila netizen menyerang media sosialnya dan mempersoalkan adakah dirinya benar-benar perampas jika sebelum ini Dato Dr Nazri Khan (DDNK) iaitu suaminya telah bercerai dengan isteri yang lama sebanyak 3 kali?
"Baik sangatkah isteri lama sehingga ahli keluarga suami juga turut tidak menyukainya", tulisnya.
Dalam masa yang sama, salah seorang ahli keluarga DDNK memberi kata-kata semangat kepada ipar barunya untuk bersabar dan bersatu sebagai sebuah keluarga yang bahagia.
Rakan-rakan Ernie turut memberi kata-kata semangat kepadanya dan menyuruh netizen berhenti mengecam jika tidak mengetahui perkara sebenar.
Diharapkan netizen dapatkan memberikan ruang kepada DDNK dan isteri barunya. Semoga mereka bahagia dan tabah mengharungi cabaran hidup berumahtangga.
0 Comments