Kanak-kanak tunggu mak pulang cari rezeki sampai tertido dlm longkang undang sebak netizen

Kanak-kanak tunggu mak pulang cari rezeki sampai tertido dlm longkang undang sebak netizen

 


Anak adalah amanah yang Allah berikan pada ibu bapa bagi mendidik mereka supaya mengenal tuhannya. Selain memberi kan mereka pakaian, ilmu pengetahuan, serta menjadi insan berguna kelak.


Jika nak melihat masa depan negara lihatlah remajanya, di mana mereka sekarang. Perumpamaan itu bukanlah untuk menghina segelintir keluarga susah di luar sana akan tetapi dituju pada sikap rakyat itu sendiri melihat orang sekelilingnya bagaimana. 


Jika pemimpin lebih memandang serius keadaan rakyat yang susah ini mereka perlu menghantar wakil bagi membantu anak-anak miskin mendapat pendidikan percuma. 


Seperti tular dalam video tiktoker ini, terlihat anak kecil yang berumur sekitar 7-9 tahun itu tertidur di dalam longkang, kata Deyla Habib saat memandu kereta dan menunggu lampu isyarat merah, dia sempat memanggil kanak-kanak itu untuk memberi duit yang hanya ada RM2 sahaja dalam begnya. 


Bila bertanya di mana ibu dan ayah nya, kanak-kanak itu menjawab mamanya sedang menjaga adiknya di tempat lain.


Video itu telah mengundang sebak ramai netizen. Memang sangat tersentuh hati bila melihat kesusahan anak itu. 


Lokasi video itu dikatakan berlaku di bandaraya Sabah iaitu Kota Kinabalu, saat banyak kenderaan melalui di jalan situ tidak menyangka ada yang masih tidur di dalam longkang, betapa susahnya mereka. 



Netizen luah rasa sebak


"Klu ada hati...bantu la adik ni....

"ya Allah mudahkan la urusan keluarga ni...aamin..

"sedih sngat tengok Ya Allah 

"kalau aq dh turun kereta Allahuakbar semoga adik dalam lindungan Allah SWT.Amin

"Ällahuakbar mana mak ayhnya??

"Subhanallah kesiannya sampai tertido mgkin kepenatan

"allahu akbar keciannye

"ya Allah sayu hati tgk, sebaya anak akak je tgk adik, semoga adik sentiasa dalam rahmat Allah SWT dan dimurahkan rezeki selalu, Aamiin


Semoga ada pihak bertanggungjawab memberi kemudahan dan bantuan kepada mereka. Orang macam ni la patut terima zakat setiap bulan. Admin doakan adik itu dipermudahkan urusan dunia akhirat. Amiin

Post a Comment

0 Comments