"Mak Sakit, Dia Selamber Masturbate" - Puteri Balqis Dedah Bapa Suruh Tengok Porn?

"Mak Sakit, Dia Selamber Masturbate" - Puteri Balqis Dedah Bapa Suruh Tengok Porn?

 


"Dia suruh saya tengok porn masa umur 5 tahun. Mak sakit, dia selamba 'masturbate' dekat depan," demikianlah kata pelakon remaja, Puteri Balqis atau lebih mesra dikenali sebagai Aqish yang membuka cerita mengenai perangai sebenar bapa kandungannya yang membuatkan dia menjadi dirinya sekarang ini.



Memulakan karier sejak kecil, Puteri Balqis sering menjadi perhatian orang ramai. Jika dulu namanya sering mendapat pujian kerana lakonan, namun kini namanya ada dikaitkan dengan kontroversi-kontroversi 'panas'.


Dia kini dilihat sudah kembali semula aktif berlakon setelah sekian lama, tidak mengambil pusing komen-komen negatif diterima daripada netizen yang mengecam penampilan seksinya.



Bagaimanapun, pendedahan pelakon itu baru-baru ini melalui saluran YouTube Brosgangs, sememangnya mengejutkan ramai pihak dan tidak akan pernah menyangka gadis terbabit serta ibunya hidup dalam keadaan terseksa beberapa tahun sebelum ini.


Menurut Puteri Balqis sambil berlinangnya air mata, dia yang masih kecil ketika itu bersama ibu terpaksa hidup dengan 'nafsu binatang' bapa dan antara perbuatan jijik yang dilakukan adalah serangan seksual.


Apa yang mengejutkan penonton adalah pendedahan Balqis mengenai sikap buruk bapa kandungnya yang disifatkan pemalas hingga hidupnya dan ibu merana.


Balqis berkata, dia dan ibunya akan dipukul jika meminta bapanya untuk mengajarkan mereka mengaji Al-Quran. Turut mengejutkan, Balqis mendedahkan sikap buruk bapanya serta mendakwa pernah diraba oleh lelaki itu ketika kecil. Malah, ibunya turut diperlakukan dengan teruk oleh bapanya.


Kata Balqis lagi, sejarah hitam yang berlaku padanya masih diingati dan dia tidak kisah seandainya tidak bertemu lagi dengan bapanya.


Dalam masa sama, Puteri Balqis sempat meminta maaf kepada ibu tercinta sebab tidak dapat menahan diri lagi daripada tidak bercerita mengenai hal ini kerana 'penat' melihat ibunya sering dicemuh ramai.



Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa simpati atas apa yang telah dilalui oleh ibu serta gadis terbabit dan dalam pada itu, warganet juga berharap agar orang ramai untuk tidak lagi menjatuhkan hukuman sesuka hati kepada dua beranak itu selepas Puteri Balqis menceritakan hal sebenar ini.


Sumber: artis malaysia

Post a Comment

0 Comments