Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, Yee Boon Koo, 59 dan isterinya
Ooi Lee Chen, 57, dilihat terbaring oleh orang awam selepas dipanah petir di
padang permainan Jalan Kenari 10.
Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Lee Wai Leong,
berkata seorang daripada mangsa berdarah di kepala ketika anggota tiba di
lokasi kejadian. "Pembantu perubatan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya
(PPUM) yang tiba lokasi pada jam 7 malam mengesahkan mangsa sudah
meninggal dunia.
"Mayat mangsa dibawa ke PPUM untuk bedah siasat," katanya kepada
pemberita, sebentar tadi. Katanya, pemeriksaan polis menemui kesan
serpihan panahan petir pada batu laluan pejalan kaki di lokasi kejadian.
"
Kita mengesan pendarahan di muka mangsa berkemungkinan akibat terjatuh
atau terhantuk," katanya. Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut
(SDR).
Sumber : Berita Harian
0 Comments