Sejarah Arwah Ujang Keluar Samudera Buka Band Baru Bernama X-Ray

Sejarah Arwah Ujang Keluar Samudera Buka Band Baru Bernama X-Ray

 


Sumber cerita oleh ahli kumpulan X-Ray sendiri iaitu Zam.

Zam XRAY


Kisah di suatu petang pada tahun 1995, ketika masih lagi saya bersama Band Opera berjalan petang ke Kompleks Kota Raya area Pudu KL. 


Kalau nak tahu dari pertengahan 80 an hingga lewat 90 an kawasan Kota Raya di tingkat 4 tu popular dengan Galatica Roller Skate - dan  tempat-tempat di situ adalah tempat metal of the band berlangsung, jadi masa saya ke situ dengan tak sabar untuk bermain snooker, masa naik eskalator tiba-tiba ada seorang insan menegur saya iaitu Arwah Ujang (Samudera).


Arwah Ujang sempat bertanya khabar saya, dan ajak buka band baru, terkedu saya ketika itu, dan saya merasai Ujang ada masalah. 


Ujang masa tu memang sangat popular bersama Band Samudera hingga terkenal dan ada peminat di seluruh Indonesia  antara lagu popular beliau adalah Titian Hasrat, Salam Sejahtera, Bila Diburu Kenangan dan banyak lagi.


Titian Hasrat 1997 (Samudera)



Bila Diburu Kenangan (Samudera)



Salam Sejahtera 1994 (Samudera)


Arwah Ujang kata pada saya masa tu dia kurang gembira dengan Samudera, takat tu saja saya boleh cerita. Saya kata pada Ujang saya follow je leader ikutlah. Sebab saya tengok Ujang betul-betul serius masa tu, tu yang saya on saya follow je, sempat saya kata nanti aku dah dapat cari budak lain aku roger lu. Ujang ni dia murah dengan senyuman simpul dia, itulah kenangan bersama dia.


Itulah pertemuan singkat saya dengan arwah Ujang di eskalator sebelum tercetusnya band X-Ray ni.


Ok dari situ arwah Ujang telah memberi penuh kepercayaan pada saya untuk mencari anggota kumpulan, pada mulanya drummer saya tarik Eder drummer Bandtura tapi sebab dia banyak komitmen Eder menolak tak dapat bersama menjayakan Kumpulan XRAY. 

Eder menolak tawaran Xray


Selepas itu, saya berjumpa dengan Band Junction Vokalisnya pun salah seorang kawan saya bernama Hata, dan saya menarik drummernya bernama Bro Misman. 


Saya bagitahu lah planning macam mana, Ujang Vokalis, saya sendiri Bass, dan Misman pun bersetuju tapi ketika itu kami hanya ada tiga orang dan kurang pemain gitar. 


Dan kami bercadang masa tu memang nak main empat orang je so nak cari lagi sorang kami bertiga buatlah audition mencari pemain gitar.


Dalam beberapa audition juga la kami buat namun sia-sia kami tak dapat pemain gitar yang kami inginkan. Tibalah masa tu sorang kawan kami bernama Sota budak Sungai Besi.


Masa tu saya pun suka datang Salak South untuk bermain snuker, dari situla Sota perkenalkan saya dengan sorang pemain gitar bernama Man. Mula tu kami jalankan audition tapi Man memang power pun bermain gitar dan kami ambil dia sebagai anggota kumpulan.


Lengkap empat orang dan kami berlatih sebagai kumpulan XRay, cuma pada waktu berlatih tu kami mengalami masalah panggilan. Sebab ada dua nama Man masa tu bila panggil Man dua-dua menyahut. Jadi masa tu Man pemain gitar saya syorkan dengan panggilan Kis, so lekatlah sampai sekarang nama Kis pemain gitar untuk band XRay.

 

Jadi tercetuslah Kumpulan XRay Arwah Ujang (Vokalis, Bro Misman (Drummer), saya Zam (Bass), dan Man atau Kis (guitar utama).


Ok dah selesai masa tu semua kami pun berlatih, Ujang pun telah berjumpa dengan syarikat rakaman Rock Record di Taman Shamelin Perkasa Cheras. Akhirnya kami band XRay sah menjadi artis rakaman di bawah syarikat Rock Record itu. 


Ujang dan kami sain kontrak selama 2+1 bersama mereka. Dua tahun kontrak dan selepas tu boleh pilih nak teruskan atau nak berhenti.


Ok sejak tu menjadila band XRay ni, idea nama band ni pun dari saya, semua urusan saya uruskan Ujang memang dah percaya 100% masa tu untuk saya uruskan band ini.


Sedia maklum Ujang ni pun memang ramai peminat dari Indonesia, jadi berbanggalah kami memang ada juga peminat di Malaysia, Brunei, Indonesia.


Tiba- tiba mula tahun lepas 2021 Lagu XRay - Mekar Di Jiwa telah popular di Tiktok, Youtube, saya pun terkejut lagu ni menjadi popular hinggalah sekarang. Dan dalam carta rock Suria FM memang selalu putarkan lagu ni dari tahun lepas sampai sekarang.


Tapi untuk pengetahuan semua, masa album kami release pada tahun 1997 bertajuk 'Sungguh Ku Tak Sangka' lagu ciptaan abang LY, lagu Sungguh Ku Tak Sangka la yang popular bukan lagu Mekar Di Jiwa. Lagu Mekar Di Jiwa ni sebenarnya tak diberi perhatian pun oleh syarikat kerana target meletop adalah lagu 'Sungguh Ku Tak Sangka' masa tu.


Dan akhirnya syukur juga bagi saya lagu 'Mekar Di Jiwa' ni popular tiba-tiba sampai hari ini.


Mekar Di Jiwa 1997 Album Sungguh Ku Tak Sangka


Inilah serba sedikit pengenalan bagaimana kumpulan XRay tertubuh, dan juga terima kasih untuk peminat arwah Ujang yang sentiasa meminati dia dari band-band terdahulu, untuk info arwah Ujang mula sekali menganggotai kumpulan Axthara dan ada beberapa album, selepas tu arwah masuk band yang tidak asing lagi yang paling popular dengan arwah iaitu Samudera dengan menghasilkan 3-4 album tak silap saya dan akhir sekali arwah Ujang bersama kami Kumpulan XRay ada satu album.



Akhir kata, marilah kita sedekahkan alfatihah untuk arwah Ujang Samudera dan XRay semoga ditempatkan bersama orang beriman. Amiin.


Alfatihah




Post a Comment

0 Comments