Sejarah keris Taming Sari ini pelbagai cerita rekaan dihebohkan oleh kerana sifat mahu claim siapakah tuan empunya, yang sini original yang sana ciplak. Tidak kisahlah mana yang betul tapi hari ini admin ingin memberitahu bahasa mudah keris Taming Sari yang pernah kami lihat sebelum ini berada di Istana Perak Istana Iskandariah Kuala Kangsar.
Keris ini kalau kita baca sejarah dari mula akan tahu bagaimana Laksamana Hang Tuah turun gelanggang apabila mendapat sahutan atau cabaran daripada Pendekar Jawa untuk berentap.
Disebabkan kecintaan Sultan Melaka terhadap puteri Raja Jawa datanglah rombongan meminang Sultan Melaka ke tanah Jawa.
Sesudah sampai di sana 'Pendekar Jawa' bernama Taming Sari meminta izin dari Raja Jawa Sang Prabu untuk menentang pahlawan dari Melaka.
Makanya Sultan Melaka perkenalkan Laksamana Hang Tuah untuk turun ke gelanggang, Hang Tuah ialah lambang pahlawan Kesultanan Melaka, Hang Tuah lambang kehebatan sejarah peradaban Melaka, dan Hang Tuah 'fighter' Islam di zaman itu lalu turunlah ke gelanggang.
Bukan hanya guna teknik melawan tapi sifat helah dan kecerdikan Hang Tuahlah 'Taming Sari' akhirnya berpindah tangan dan telah gugur ke tangan Hang Tuah.
Nama Taming Sari juga kekal hingga hari ini walaupun keris itu berpindah tangan dari seorang ke seorang.
Keris 'Taming Sari' |
Keris Taming Sari itu juga lambang kesaktian Laksamana Hang Tuah mengawal dan membawa Melaka kepada keamanan, kekayaan dan penuh kemasyhuran.
Setelah beberapa ketika berlalu, berlaku perbalahan politik di istana Melaka dan Keris Taming Sari jatuh ke tangan Hang Jebat. Hang Tuah disingkir dari Istana dan dijatuhi hukuman mati oleh Baginda Sultan namun hukuman tersebut tidak dilaksanakan oleh Bendahara dan Hang Tuah dibawa ke tempat lain jauh dari pengetahuan Sultan. Hang Jebat yang merasakan sahabatnya dianiaya oleh Sultan akhirnya memberontak dan membuat huru-hara di istana.
Dengan keris Taming Sari berada digenggaman Hang Jebat, seluruh tentera Melaka sekalipun tidak mampu untuk melukakan beliau. Sultan yang menyesal dengan kejadian tersebut akhirnya menyebut akan kesetiaan Hang Tuah yang tiada tolok bandingnya kepada baginda.
Apabila didengar oleh Bendahara maka beliau dengan memohon ampun kemudian menyatakan beliau tidak melaksanakan hukuman yang dititahkan Sultan ke atas Hang Tuah sebaliknya menyorokkan Hang Tuah ditempat yang tidak diketahui Sultan.
Gembira dengan perkhabaran tersebut akhirnya Sultan menitahkan agar Hang Tuah kembali ke istana sebagai pahlawan untuk bertarung melawan Hang Jebat sahabat karibnya sendiri. Hang Tuah ralat dengan arahan tersebut namun titah Sultan harus dipatuhi.
Dalam pertarungan diantara Hang Tuah dan Hang Jebat tersebut, Hang Tuah berjaya merampas kembali Keris Taming Sari dari Hang Jebat juga dengan menggunakan helah dan telah menikam lalu membunuhnya.
Seperti kata pepatah, setiap masa ada orangnya dan setiap orang ada masanya. Selepas itu, Hang Tuah dan Keris Taming Sari menjadi legenda. Tidak seorang pun yang pasti dimanakah sebenarnya Hang Tuah menghabiskan umurnya setelah mengundur diri dari Istana Melaka kerana pusara beliau ada di tiga negeri. Tiada yang dapat memastikan yang mana satu sebenarnya asli, di negeri Melaka, Riau atapun di Palembang.
Begitu pula dengan keberadaan Keris Taming Sari. Sebahagian orang percaya setelah Hang Tuah gagal meminang Puteri Gunung Ledang untuk baginda Sultan, Hang Tuah pun mengundur diri dari Istana kerana merasa malu.
Beliau kemudiannya memulangkan Keris Taming Sari kepada baginda sultan. Tidak lama kemudian Kesultanan Melaka runtuh diserbu Portugis. Sultan dan sebahagian besar kerabat istana berundur ke Kampar (Riau) di Sumatera dan Keris Taming Sari dibawa serta.
Disana baginda Sultan menganugerahkan Keris Taming Sari kepada puteranya Raja Mudzaffar yang kemudian berangkat ke Perak dan menjadi Sultan pertama Kesultanan Perak. Keris Taming Sari kemudiannya menjadi regalia kebesaran Kesultanan Perak sejak tahun 1528.
Namun demikian, ada versi lain yang kisah keris ini yang menyatakan Datuk Laksamana Hang Tuah merasa amat malu setelah gagal meminang putri Gunung Ledang untuk baginda Sultan, Hang Tuah tak pernah kembali lagi ke Istana Melaka dan membuang Keris Taming Sari di Sungai Duyung, Melaka.
Disebabkan itu ada yang beranggapan keris yang kini ada di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar hanyalah replika. Pihak Istana Perak membantah dakwaan yang menyatakan keris tersebut palsu.
Kini, keris Taming Sari merupakan keris pusaka Istana, keris kerajaan dan digunakan pada adat kebesaran diraja Perak. Ianya kini berubah menjadi begitu mewah dengan lapisan emas pada seluruh sarung dan bilahnya, serta taburan permata pada hulunya. Bukan sebarang orang dan sebarang waktu dapat melihatnya. Dan lagenda tetap menjadi legenda begitu pun hikayat akan tetap menjadi hikayat.
Disadur emas mewah |
0 Comments