Dua Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata, Kemalangan Meragut Nyawa Ibu Ayah

Dua Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata, Kemalangan Meragut Nyawa Ibu Ayah

 


Dua beradik menjadi yatim piatu sekelip mata selepas ibu bapa mereka maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Saujana Impian, Kajang semalam.


Menurut laporan Bernama, mangsa yang maut dalam nahas itu dikenali sebagai Remyzan Baharudin, 42, dan isteri Suzyla Ahmad Dahlan, 40.


Anak mangsa dikenali sebagai Raiha Syuhaida Remyzan, 13, manakala adiknya Ra’if Adam Remyzan berusia tujuh tahun yang mengalami kecederaan di bahagian kepala sedang dirawat di Hospital Kajang.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintenden Azman Shariat berkata, bedah siasat kedua-dua mangsa akan dibuat setelah mendapat keputusan ujian swab COVID-19 di hospital sama.


Pemergian kedua-dua Allahyarham mengejutkan ahli keluarga dan rakan-rakan mangsa menerusi perkongsian beberapa posting di laman Facebook.


Al-Fatihah buat abang sepupu & isteri


Anak2 mangsa masih dalam pemantauan


Innalillahiwainnailaihirojiun


Anak2 arwah masih hidup


Sahabat yang baik


Jalan ni memang bahaya


Tenanglah di sana bersama suami


Terdahulu, kereta jenis Perodua Bezza dinaiki mereka telah bertembung dengan sebuah van dari arah bertentangan yang hilang kawalan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Post a Comment

0 Comments