Pada 11 Julai 2018 seorang lelaki dikatakan telah menikam dan mencekik seorang wanita yang bertugas sebagai ketua kerani di Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad Telok Datok Banting Selangor.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang, mayat mangsa Zaimah Mahmod berusia 57 tahun ditemui mati terbaring di stor makmal di sekolah berkenaan akibat ditikam dengan pisau oleh suspek berusia 28 tahun yang juga rakan sekerjanya.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Azizan Tukiman berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilam daripada suspek sendiri yang mengaku baru membunuh mangsa.
Ketika menghubungi polis, suspek berkata dia telah menikam dan mencekik mangsa sehingga mati, menurutnya hanya dia dan mangsa sahaja berada di tempat kejadian.
Beberapa kesan tikaman turut ditemui di badan dan leher mangsa selain pisau yang digunakan suspek untuk membunuh.
Siasatan awal mendapati suspek yang bertugas di makmal sekolah berkenaan dipercayai berdendam dengan mangsa kerana kerap disindiri ada hubungan sulit dengan seorang kakitangan sekolah berkenaan.
Mangsa yang juga seorang ibu tunggal sering mencari pasal dan menyindir mangsa dengan tuduhan mempunyai hubungan sulit dengan seirang kakitangan di situ.
Suspek yang baru bekerja tiga bulan dikatakan mengalami kemurungan dan menjalani rawatan di hospital. Mayat mangsa dihantar ke ke Hospital Banting untuk dibedah siasat manakala suspek ditahan bagi membantu siasatan.
Apa yang berlaku sebenarnya?
Kejadian dikatakan bermula awal pagi kejadian yang malang itu, apabila suspek dikatakan berjumpa dengan pengarah kolej tersebut dan menyatakan hasrat untuk ditukarkan ke kolej yang lain, dia memberi pelbagai alasan dengan harapan permintaannya diterima malang sekali permohonannya telah ditolak oleh majikannya itu.
Dengan perasaan kecewa dia keluar memberitahu seorang rakannya yang sedang bekerja di kaunter pentadbiran jika dia tidak boleh ditukarkan dia akan berhenti bekerja.
Tidak lama selepas itu, seorang kakitangan ternampak suspek sedang menangis di pantri pejabat sambil menangis apabila ditegur kenapa menangis dia menjawab tiada apa-apa berlaku.
Pada jam 12.30 tengahari waktu makan seorang rakan suspek mengajak suspek untuk makan tetapi suspek menolak kerana dia memberi alasan untuk berada di pejabat sahaja. Tidak lama selepas itu ada seorang staf wanita memasuki ruang solat yang berdekatan dengan pantri pejabat itu.
Ketika mengambil wuduk dia terdengar suspek masuk ke ruang sinki untuk membasuh tangan, ketika wanita itu menunaikan solat dia terdengar jeritan Allah, Allahuakbar disusuli benda jatuh dari atas siling.
Selesai solat wanita itu ditemani seorang rakan sekerjanya yang lain naik ke tingkat atas untuk mencari suara tersebut.
Mereka mencari di semua sudut namun gagal menemuinya tetapi masih ada satu makmal yang dijadikan stor masih belum diperiksa.
Kunci bilik makmal diambil untuk membuka pintu makmal dan akhirnya terjawab apabila mereka ternampak suspek bersama mangsa di situ.
Mereka mendapati suspek sedang menggenggam tangannya dan satu mayat yang berlumuran darah di sisinya. Suspek memandang ke arah rakan-rakannya dan berkata 'Wei aku bunuh dia, bak sini phone', aku nak telefon mak ayah aku, polis dan ambulans'.
'Aku nak buat pengakuan aku dah bunuh dia'
Suspek terus menghubungi ibunya sambil berkata, 'Mak saya bunuh seseorang..'
Kawan baik lelaki itu kemudian bertanya kenapa kau bunuh dia?
Suspek terus menjawab aku tidak bunuh kamu sebab kamu baik, aku bunuh dia sebab dendam, rakan sekerja yang lain kemudian bergegas masuk ke makmal dan pergi ke bilik stor ketika itulah lelaki tadi bersuara kepada cikgu yang datang
'Cikgu saya dah bunuh dia, saya tikam pakai pisau tapi ia tak mati. Jadi saya cekik dia sampai mati'
Polis terus dihubungi dan bergegas ke tempat kejadian, ketika ambulans sampai, mangsa sudah disahkan meninggal dunia, mayat mangsa dihantar ke hospital dan doktor forensik mengesahkan mangsa meninggal kerana tiada bekalan oksigen pada organ badan disebabkan tekanan di leher mangsa.
Siasatan dijalankan
Seorang guru di kolej tersebut mendakwa suspek kelihatan resah selepas membunuh pembantu tadbir wanita sekolah itu lelaki itu kebiasannya bersikap peramah dan kerap bersembang dengannya. Namun ketika memasuki pejabat kira-kira jam 2.30 petang hari kejadian suspek kelihatan seolah-olah memikirkan sesuatu dan mungkin baru menyedari ala yang sudah dilakukannya.
Mangsa yang juga ketua kerani di kolej itu, dianggap pekerja yang baik dan komited, suspek juga seorang yang ceria dan rajin menegur semua guru. Wanita yang berasal dari Terengganu itu adalah ibu tunggal dan bertugas di kolej berkenaan sejak 18 tahun lalu.
Pada 12 Julai 2018, suspek telah direman selama tujuh hari Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata, suspek yang baru tiga bulan bekerja di kolej terbabit direman sehingga 18 Julai 2018. Menurutnya kes ini jelas kerana suspek sendiri menghubungi polis dan mengaku membunuh mangsa dan ada provokasi melampau mengakibatkan suspek bertindak sedemikian.
Mazlan juga mengesahkan suspek mempunyai laporan perubatan berkaitan psikatri dan menyifatkan kejadian itu sebagai tragedi tidak diduga yang menimpa mangsa.
Perbicaraan di mahkamah
Pada 17 Julai 2018, suspek dihadapkan ke mahkamah majitrest atas dakwaan pembunuhan ini bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Abdul Azhim Mohamad 28, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohd Isa Md Nor.
Mengikut pertuduhan dia didakwa membunuh sehingga menyebabkan kematian Zaimah Mahmod 57. Perbuatan itu dilakukan di Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad antata jam 1 tengahari hingga 3 petang.
Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut seksyen 302 kanun keseksaan yang membawa hukuman gantung mandatori jika sabit kesalahan.
Semasa perbicaraan suspek mengaku pada hari kejadian, ketika keluar daripada bilik pengarah suspek ternampak kelibat seorang nenek kebayan, fikirannya amat rungsing ketika itu, dia juga mendengar suara bisikan bunuh, bunuh, bunuh! Dia mengambil pisau di pantri dan membunuh mangsa.
Suspek memberitahu dua minggu sebelum kejadian dia diganggu dengan suara yang sama suara halus itu menyuruh suspek menyembelih mak dan ayah suspek sendiri. Jadi peguambela suspek menegaskan suspek membunuh mangsa bukan dengan niat, tetapi kerana adanya suara yang meminta suspek untuk melakukan jenayah tersebut.
Doktor pakar kemudian dipanggil bagi memberikan keterangan di mahkamah, doktor pakar psikatri mendapati suspek mengalami adjustment disorder with depressed mood, namun suspek disahkan tidak mengalami gejala simptom halusinasi atau delusi.
Ketika kejadian suspek sedar akan perbuatannya itu salah dan menyalahi undang-undang. Dia menyedari adanya pisau di pantri suspek tahu hanya mangsa yang ada di pejabat ketika kejadian berlaku.
Suspek juga mengaku membunuh dan mencekik mangsa, kenyataan 'aku bunuh dia sebab dendam' menunjukkan motif suspek membunuh mangsa. Ini membuktikan suspek berniat membunuh mangsa atas sebab berang kerap disindir oleh mangsa dengan mengatakan suspek mempunyai hubungan sulit dengan seorang kakitangan di kolej tersebut.
Dengan pihak pendakwaan telah buktikan kes melampaui keraguan munasabah suspek didapati bersalah membunuh dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati mandatori.
*pengajaran yang diperolehi sentiasa jaga tutur kata dan perasaan orang, jangan selalu menyakiti hati orang, sentiasa berbaik sangka dan tidak mencari salah orang
Sumber: Detektif Mat Despatch
0 Comments