Setiu: Menurut Harian Metro semalam, seorang wanita maut di tempat kejadian manakala bayi istimewa lahir otak di luar tempurung kepala cedera parah akhirnya turut meninggal dunia.
Kereta yang dinaiki dan dipandu suami di kilometer 83, Kampung Bintang, Jalan Kuala Terengganu - Kota Bharu itu bertembung dengan sebuah lori tangki minyak.
Pemandu - Mohd Lekman cedera ringan,
Sebelah pemandu (isteri) - Fatin Hazlin Dahlia maut turut anak dalam kandungan
Penumpang (anak) -
Sayyid Uwaid Al Qarni atau adik Adam 1, maut
Nur Qaireen Luffiya 5, patah peha kiri
Sayyid Outfit 7, patah tangan kiri
Anak angkat - Muhammad Arshad 9, cedera parah
"Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku ketika lori tangki minyak dalam perjalanan dari arah Chiku, Gua Musang, Kelantan menghala ke Kuala Terengganu.
"Manakala Perodua Alza dipandu dari arah Manir, Terengganu menghala ke Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan.
"Apabila sampai di tempat kejadian pemandu Alza hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan lori tangki minyak," katanya ketika dihubungi malam tadi.
Beliau berkata, mangsa dihantar ke Hospital Setiu untuk rawatan lanjut.
"Ketika kejadian permukaan jalan raya kering dan lurus. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, "katanya.
Hasrat seorang ibu nak menjaga anak-anak sampai besar tak kesampaian
Setahun lepas Sayyid Uwais Al Qarni (adik Adam) pernah mendapat liputan media kerana lahir istimewa otak di luar tempurung kepala. Ibunya arwah Fatin Hazlin pernah dinasihati doktor untuk buang kandungan tetapi Fatin tetap berkeras mahu lahirkan.
Adik adam disahkan menghidap penyakit saraf tulang belakang dan otak di luar tempurung kepala tapi segalanya berakhir semalam kedua-duanya telah meninggal dunia. Al Fatihah
0 Comments