Keranda Zaman Firaun Dijumpai Pengkaji Sejarah

Keranda Zaman Firaun Dijumpai Pengkaji Sejarah


Kaherah - Sebuah keranda batu merah jambu milik seorang bangsawan Mesir yang berpangkat tinggi telah ditemui di ruang pengebumian purba berhampiran Kaherah baru-baru ini.


Ia adalah milik Ptah-em-wia yang pernah berkhidmat sebagai ketua perbendaharaan di bawah pemerintahan Firaun dan telah disifatkan oleh ahli-ahli arkeologi sebagai penemuan impian.


Keranda batu itu berusia sehingga 3,300 tahun itu ditemui dalam keadaan bersih dan dalam kubur asalnya yang berada 7.01 meter di bawah tanah di Saqqara.


Makam ditemui oleh Profesor El Aguizy dari Universiti Kaherah tetapi tidak dapat turun sehingga ke bawah tanah sepenuhnya sehinggalah beliau berjaya melakukannnya baru-baru ini.


Beliau menyatakan bahawa keranda batu tersebut merupakan ukiran baharu untuk golongan elit.


Pasukan profesor itu kini mengkaji keranda batu tersebut sepenuhnya sekali gus akan mendedahkan keseluruhan kisah kehidupan Ptah-em-wia. - Agensi

Post a Comment

0 Comments