Kisah Tragis Yang Ramai Tak Tahu, Belum Sempat Jamah Maggi Sedap Kanak-Kanak Ini Dibunuh

Kisah Tragis Yang Ramai Tak Tahu, Belum Sempat Jamah Maggi Sedap Kanak-Kanak Ini Dibunuh

 


Seorang lelaki bernama Muidin Maidin yang bekerja sebagai buruh kontrak telah didapati bersalah dengan membunuh dan membakar seorang kanak-kanak atas motif dendam.


Menurut kronologi kes, Muidin telah menculik kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun tersebut ketika melihatnya pulang dari kedai dengan membeli mee segera dan telur. 



Kanak-kanak tersebut bernama Nurul Nadirah Abdullah atau dikenali sebagai Dirang telah dibawa oleh Muidin di rumah kosong di dalam ladang kelapa sawit. Hasil daripada laporan forensik, Muidin memukul mangsa menggunakan senjata tumpul sebelum mencekik dan melemaskan mangsa sehingga mangsa meninggal dunia. Selepas itu, manyat mangsa telah dibakar di dalam sebuah lubang. 



Menurut forensik, mereka turut mengesan DNA Muidin terdapat di dalam lubang dubur dan kemaluan kanak-kanak tersebut.


Mayat Nurul Nadirah telah dijumpai  berhampiran dengan kawasan rumah flat mangsa. Datuknya menjumpai mayat yang dibakar di sebuah rumah kosong ketika bersama-sama dengan polis  mencari cucunya selepas 7 hari hilang dan tidak pulang ke rumah. Lebih menyayat hati bungkusan mee segera dan telur yang pecah masih berada di kawasan kejadian. 




Muidin telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati di Mahkamah Tinggi Johor. Motif pembunuhan dipercayai dendam dengan ibu bapa mangsa. Ketika keputusan dibacakan hakim, beliau terduduk dan menangis. Ketiga-tiga saudara perempuan Muidin turut menangis ketika mendengar keputusan hakim tersebut. 




Muidin dibawa keluar daripada mahkamah dan menendang wartawan dan jurukamera yang ingin mengambil gambarnya. Beliau masih lagi menangis teresak-esak. Walau bagaimanapun, semoga Muidin menyesal atas perbuatannya.

Post a Comment

0 Comments