"Mereka Malaikat, Saya Bukan" - Ini Respon Erma Fatima

"Mereka Malaikat, Saya Bukan" - Ini Respon Erma Fatima

 


Semalam, pelakon terkenal tanah air, Zul Ariffin telah didenda sebanyak RM30,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memuat naik kandungan bersifat sumbang bersama Siti Hariesa di Instagramnya pada 18 Mac lalu.


Pengajaran untuk semua


Susulan itu, Erma Fatima selaku penerbit bagi drama Perempuan Itu turut tampil memberikan respon selepas kejadian yang menimpa aktor tersebut dengan harapan agar ianya dapat dijadikan sebagai pengajaran buat selebriti yang lain.

Erma Fatima -

“Ini adalah pengajaran buat kita semua. Bukan saja Zul tapi juga saya, pengarah dan anak seni lain. Anggaplah ini sebagai peringatan dari Tuhan.”


Erma tak terasa langsung



Tambah Erma atau nama penuhnya Fatimah Rahmad Ali, dia sedikit pun tidak tersinggung dengan kenyataan dari Zul yang mengatakan pihak lain merupakan malaikat selepas aktor itu saja yang dikenakan hukuman di Mahkamah Seksyen Sepang.


Erma Fatima -

"
Saya tak terasa pun dengan kenyataan itu sebab drama itu tetap akan ditayangkan pada umum namun babak panas akan disunting semula.


Ujarnya lagi, netizen tak seharusnya terlampau cepat untuk menghukum hanya kerana satu klip video yang tular kerana Erma tetap akan menghantar babak itu kepada pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) terlebih dahulu.

Sumber: Kosmo

Post a Comment

0 Comments