Misteri terungkai selepas penemuan sebuah van milik bapa tapi apa yang dijumpai sangat menyedihkan
Kota Bharu – Pesara tentera yang pada mulanya dilaporkan hilang sejak petang semalam, ditemukan rentung di dalam sebuah van yang terbakar di kawasan semak di Kampung Bechah Keranji, Peringat di sini hari ini.
Mangsa, Ibrahim Mohd.Nor, 59, dijumpai penduduk kampung yang ternampak van jenis Toyota Liteace terbakar, kira-kira pukul 3.30 petang tadi, iaitu selepas lebih 22 jam mangsa dilaporkan hilang.
Anak mangsa, Amin Ibrahim, 19, berkata, bapanya keluar seorang diri dari rumah di Kampung Bechah Keranji, Peringat di sini kira-kira pukul 5 petang semalam dengan memandu van terbabit sebelum hilang tanpa khabar berita.
“Saya menunggu kepulangan ayah sehingga pukul 7 petang semalam sebelum keluar mencarinya di sekitar kawasan kampung dengan menunggang motosikal.
“Saya pulang ke rumah pukul 11.30 malam sebelum keluar semula mencari ayah bersama abang angkat sehingga ke sempadan Kuala Besut, Terengganu iaitu kira-kira 50 kilometer dari rumah,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.
Menurut Amin, dia terpaksa meminta kebenaran polis untuk merentas daerah bagi mencari bapanya sehingga ke Kem Desa Pahlawan di Kok Lanas, Kampung Tok Bok di Machang, Pasir Pekan di Tumpat dan sekitar bandar Kota Bharu namun tetap gagal.
Susulan itu, dia membuat laporan berhubung kehilangan mangsa di Balai Polis Melor di sini kira-kira pukul 10 pagi ini.
“Saya terkejut apabila penduduk maklum van ayah terbakar dalam kawasan semak kira-kira 600 meter dari rumah dan terus bergegas ke tempat kejadian. Namun ayah sudah rentung terbakar di dalam van itu,” katanya.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud ketika dihubungi mengesahkan mengenai penemuan mayat rentung di dalam sebuah van yang terbakar itu dan memberitahu, siasatan masih dilakukan bagi mencari punca sebenar kejadian.
0 Comments