Ogy Ahmad Menggesa Artis Yang Mempromosi Scam Rumah RM10 Tampil Bersihkan Nama

Ogy Ahmad Menggesa Artis Yang Mempromosi Scam Rumah RM10 Tampil Bersihkan Nama

 


Ogy Ahmad Daud menggesa artis yang terpalit dengan kontroversi mempromosi rumah RM10 tampil untuk membersihkan nama mereka.


Sebelum ini sebuah syarikat scam telah mempromosi pakej membeli rumah dengan harga wakaf serendah RM10 luntuk harga rumah biasa dan RM10 000 untuk rumah berharga Rm1 juta. 


Artis yang dilantik menjadi duta projek perumahan ini ialah Noraniza Idris. Walau bagaimanapun, beliau yang lebih senang  digelar Kak Ani menyeru artis-artis lain supaya berhenti untuk mempromosikan skim perumahan tersebut. Kak Ani masih menutup mulut dan tidak memberitahu kepada umum sebab mereka perlu tinggalkan skim perumahan tersebut. 



Terdapat beberapa artis yang turut terlibat dalam skim perumahan ini termasuk Aida Aris dan Anne Abdullah. 



Menurut Ogy Ahmad Daud, perkara sebegini tidak boleh diambil mudah. Sebagai seorang artis yang mudah untuk mempengaruhi orang awam, mereka perlu tampil menjelaskan dan membersihkan nama supaya orang awam tidak tertipu dengan skim tersebut. 



Kak Ogy menengaskan satu sidang akhbar perlu dilakukan untuk membongkar penipuan syarikat tersebut. Kak Ogy turut menggesa artis menggunakan akal yang sihat dan jangan mudah terpedaya dengan skim yang tidak masuk akal. 


Sebelum ini syarikat yang dipengerusikan oleh individu yang kononnya Dato Sri telah direman oleh pihak polis kerana menipu dan menggunakan nama Kementerian Dalam Negeri (KDN) sewenang-wenangnya. 


Sumber: Pseudosciencewatch

Post a Comment

0 Comments