Pasangan Akauntan Baru Sebulan Kahwin, Maut Dalam Kemalangan Ngeri

Pasangan Akauntan Baru Sebulan Kahwin, Maut Dalam Kemalangan Ngeri

 


ROMPIN : Sepasang suami isteri yang maut dalam kemalangan di sini awal pagi tadi, sempat mengecapi nikmat perkahwinan genap sebulan sebelum terbabit dalam nahas yang turut mengorbankan dua sepupu mereka.


Kejadian kira-kira jam 1.30 pagi di Kilometer (KM) 131.20 Jalan Kuantan-Johor Bahru berdekatan Kuala Rompin menyebabkan pasangan suami isteri yang juga akauntan, Mohamad Syahmi Emir Mohd Rawi, 24, dan Nur Diana Afifah Hasnulhady, 24 serta adik beradik, Yasmin Afiqah Hazemi, 14, serta adiknya, Yasmin Aliah, 12, menin.ggal dunia di tempat kejadian.


Menurut bapa Mohamad Syahmi Emir, Mohd Rawi Manab, 50, pasangan berkenaan bernikah pada malam 8 Ogos lalu dan kebetulan kejadian kemalangan maut itu berlaku ketika genap sebulan mereka bernikah.




“Mereka berdua sebenarnya baharu lepas menghantar barang keperluan kepada anak bongsunya berusia 20 tahun di Politeknik Muadzam Shah sebelum singgah di Teluk Chempedak di Kuantan untuk bersiar-siar.


“Bagaimanapun, ketika mereka mahu pulang semula ke Johor Bahru, kereta Perodua Viva yang dipandu anak saya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah bas ekspres. Sepatutnya saya yang perlu hantar barang berkenan, namun disebabkan ada kerja, dia yang terpaksa gantikan saya.


“Masa kejadian, anak bongsu saya turut mengikuti abangnya untuk balik ke Johor Baharu tetapi menaiki kereta lain, ” katanya ketika ditemui di Unit F0rensik H0spital Rompin di sini, hari ini.


Mohd Rawi berkata, ketika kejadian anak b0ngsunya ada mendengar bunyi dentuman yang kuat sebelum melihat ke cermin dan nampak kereta abangnya dilanggar oleh sebuah bas.


“Arwah yang juga anak sulung daripada tiga beradik, seorang yang manja dan selalu makan bersuap walaupun sudah besar. Kami amat sedih sebab arwah baharu berkahwin dan barang perkahwinannya masih belum dikemas.



“Kami sekeluarga amat merasai kehilangannya, dia adalah harapan keluarga. Sebelum kejadian dia tidak menunjukkan sebarang perubahan,” katanya.


Sementara itu, kakak kepada Nur Diana Afifah, Nur Nadira Aifa, 25, berkata adiknya berpesan supaya memadamkan laman sosial Facebook jika apa-apa berlaku kepada dirinya.


“Namun, kami sekeluarga tidak mensyaki apa-apa tetapi saya tidak sangka kejadian seperti ini berlaku kepadanya. Kami sekeluarga reda dengan kejadian ini,” katanya.


Tambah beliau lagi, adiknya yang juga anak ketiga daripada enam beradik itu sudah berkenalan dengan suaminya sejak 2017 sebelum melangsungkan perkahwinan sebulan yang lalu.


Sementara itu, ibu kepada dua kanak-kanak yang juga sepupu kepada Mohamad Syahmi Emir enggan ditemubual kerana terlalu se.dih dengan kehilangan kedua-dua anaknya itu.



Semua mangsa dikebumikan di Tanah Perku.buran Kampung Seri Pantai, Mersing dalam satu liang lahad petang tadi.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azly Mohd Noor, berkata pemandu bas berkenaan, Mohd Salleh bin Ghazali, 37, dan 30 penumpang tidak mengalami kecede.raan.


“Siasatan awal mendapati, kereta yang dipandu Mohamad Syahmi Emir dipercayai dalam perjalanan balik dari Teluk Chempedak di Kuantan untuk menghantar sepupu mereka ke Mersing, Johor sebelum balik ke Johor Bahru.


“Bagaimanapun, sampai di tempat kejadian, kereta terbabit dipercayai bertembung dengan bas ekspres berkenaan yang menuju ke arah Kuantan,” katanya.

Post a Comment

0 Comments