Penyanyi Mafarikha Akhir Kritikal Covid-19 Tahap Lima

Penyanyi Mafarikha Akhir Kritikal Covid-19 Tahap Lima

 


Kuala Lumpur: Penyanyi Mafarikha Akhir, 29, dimasukkan ke wad kritikal di sebuah pusat perubatan di Kajang, Selangor selepas dijangkiti Covid-19 tahap lima dan berdepan kebimbangan sekiranya dia ditidurkan.


Mafarikha atau Mafa yang baru pulang dari Istanbul, Turkiye bersama suaminya, Muhammad Zariq Noorulyusaa berkata, dia berada dalam keadaan okay tetapi perlu berpuasa.




"Sekarang saya dijangkiti Covid-19 tahap lima. Doakan saya tak ditidurkan. Lapar tapi doktor suruh puasa, tiga hari dah tak dapat makan sebab semua body 'reject'. Minum saja boleh.


"Saya okey saja cuma paru-paru dengan perut dah banyak air, buah pinggang pun terganggu. Masalah hari ini semua yang saya tak pernah alami. Jadi kita tabah saja dekat wad kritikal hospital. Jururawat juga semuanya baik," katanya.


Penyanyi lagu Angin itu berkongsi dia mengalami muntah-muntah serta badan menggigil pada tiga hari terakhir di Istanbul. Namun, suaminya dalam keadaan sihat.

"Saya ingatkan keracunan makanan dan tiga hari terakhir di sana, saya hanya berehat tidak ke mana-mana. Setiba ke Malaysia hari ini, saya terus ke hospital untuk mendapatkan rawatan.


"Mulanya doktor maklumkan saya menghidap Covid-19 tahap empat. Ini kali pertama saya dijangkiti Covid-19," katanya.

Mafa bagaimanapun bersyukur suaminya sihat dan tidak dijangkiti virus itu. Dia juga mmohon orang ramai mendoakan kesembuhan buatnya.


Post a Comment

0 Comments