Wanita Hamil 9 Bulan Maut, Bayi Terpaksa Dikeluarkan Ketika Beliau Sudah Tidak Bernafas

Wanita Hamil 9 Bulan Maut, Bayi Terpaksa Dikeluarkan Ketika Beliau Sudah Tidak Bernafas

 


Dikhabarkan Nor Hidayah Mansor Adali penunggang motorsikal telah terlibat dalam satu kemalangan pada pukul 4.30 petang di Sik, Kedah. 


Motorsikal yang ditunggang beliau hilang kawalan  ketika hendak mengelak ular di atas jalan. Motor tersebut kemudian telah bergesel dengan sebuah kereta Axia sebelum mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan parah termasuk dibahagian muka.  



Lebih menyanyat hati bila dimaklumkan adik perempuan mangsa, yang kakaknya mengandung 9 bulan dan sedang menunggu tarikh untuk kelahiran. Pihak Hospital Sik terpaksa mengeluarkan bayi dalam kandungan arwah ketika dia sudah tidak bernafas.


Syukur, sehingga kini anak arwah berada dibawah unit rawatan rapi Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. Mayat arwah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyyah, Alor Setar untuk bedah siasat. Marilah kita sama-sama mendoakan kemudahan segala urusan untuk arwah dan keluarga beliau.



Post a Comment

0 Comments