Sekitar bulan
Mei tahun ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) pernah menahan beberapa individu yang menjalankan sindiket menjual dan mengedar
dadah dalam bentuk perasa rokok elektronik ataupun ‘vape’ di Lembah Klang lalu
bertukar tular setelah dilaporkan media Malaysia.
Begitupun,
kegiatan tersebut hanya menggunakan botol perasa vape bersaiz 10 mililiter bagi
mengaburi sindiket mengedah dadah yang dijual pada harga RM150 sebotol. Ia
akhirnya tumpas dalam serbuah di sebuah rumah di Petaling Jaya yang dipercayai
dijadikan pusat memproses dadah.
Tidak sangka pula selang beberapa bulan selepas itu, PDRM mengesahkan kewujudan
aktiviti penjualan vape YANG mengandungi dadah secara terbuka. Rupa-rupanya,
vape seperti ini wujud di Malaysia!
Menurut
Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, PDRM pada bulan lalu telah
menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dalam bentuk cecair vape – juga di
Lembah Klang – dengan sitaan dadah dan harta bernilai RM3.47.
Apa yang
membuatkan ramai terkejut adalah apabila ia dilaporkan dijual secara berleluasa
dalam talian dan dipasarkan secara terang-terangan kepada pengguna. Seperti kes
terdahulu, sekali lagi jenis Methylenedioxy – Methamphetamine (MDMA) yang
dimasukkan ke dalam cecair perasa vape.
Tambahnya kepada
media semalam, PDRM memandang serius dalam pembanterasan segala kegiatan
melibatkan pengedaran DAN penyalahgunaan dadah. Tindakan tegas akan dikenakan
kepada mana-mana pihak termasuklah remaja yang menggunakan vape yang
mengandungi dadah ini memandangkan ia merupakan bahan larangan.
Jangan sampai
sudah terlambat, baru korang menyesal dengan tindakan menghisap vape itu.
0 Comments