Dalam keterujaan kita menyambut insan pertama yang bakal lahir iaitu anak pertama, ramai juga lagi masih belum ada rezeki. Namun janganlah kita berputus asa, berusahalah untuk mengecapi nikmat indah itu.
Tetapi tidak bagi satu pasangan ini, hal ini kerana cerita ini berlaku di sebuah klinik kesihatan ibu dan anak, seorang isteri telah memerhati dari jauh gerak geri seorang suami ini yang dikatakan hanya sibuk dengan game phonenya sahaja, isteri dalam pantang diherdik marah serta ditolak badannya.
Bermula cerita...
Wife aku kena minum air gula kat Klinik Kesihatan hari ni. Sekali wife hantar laporan.
"Abang tengok laki bini depan. Sian bang. Wife dia kena marah dengan laki dia. Ditengking kuat-kuat dan kata, "Kau pergi la cepat. Aku nak pergi kerja ni". Pastu dia tolak-tolak bini dia.
"Bini dia dalam pantang sebab pakai stokin tebal. Tadi dia letak anak atas meja, pastu dia main game. Bini dia pergi tandas."
Terlalu sukar bagi aku nak bersangka baik mahupun berkata murni-murni tentang keadaan macam ni. Namun aku gagahi juga.
Aku takde kat tempat kalian dan tak tahu apa kesukaran kalian. Moga Allah permudahkan segalanya untuk si isteri.
Ketika anak pertama aku lahir, aku di sisi isteri semasa proses melahirkan. Mencurah air mata aku melihat kesukaran seorang ibu melahirkan anaknya.
Gais, walau siapa pun kita, merekalah sentiasa menjadi tulang belakang semasa kita jatuh dan bangun. Hargailah mereka. Sedang mereka adalah amanah Allah Ta'ala untuk kita bimbing dan pimpin tangan mereka menuju ke Jannatul Firdaus In Shaa Allah.
Kemon gais, tolonglah hargai jasa depa kat kita! Wallahu'alam.
Sumber: FB
Cerita ini didapati dari luahan seorang isteri yang melihat kejadian sebenar, namun bukanlah untuk menjatuhkan aib sesiapa dan hanya untuk menjadi iktibar dan pengajaran kepada semua orang di luar sana.
Jangan lupa Like, Share & Follow Borak Viral
0 Comments